Apa yang membezakan orang kaya dan berjaya dengan mereka yang kurang berjaya dalam kewangan? Bezanya adalah, mereka yang berjaya dalam kewangan mempunyai tabiat kewangan yang sihat. Berikut adalah 3 tabiat kewangan sihat yang anda mesti miliki!
1. Bayar diri sendiri terlebih dahulu
Untuk berjaya dalam kewangan, tabiat kewangan yang sihat diperlukan. Tabiat yang paling utama dan penting adalah untuk membayar diri sendiri terlebih dahulu. Ertinya tidak kira perbelanjaan bulanan kita, sebahagian daripada pendapatan kita perlu diketepikan untuk diri sendiri SEBELUM melakukan bayaran bil, kereta, rumah dan apa sahaja perbelanjaan. Dan pastinya, sebahagian ini bukan juga untuk dibelanjakan!
Buku-buku kewangan menyarankan sekurang-kurangnya, ketepikan 10% daripada pendapatan kita untuk diri sendiri. Namun, angka 10% ini adalah untuk permulaan. Apabila kita berjaya menanam tabiat menyimpan untuk diri sendiri, lama-kelamaan, peratusan ini boleh dinaikkan sehingga 20% dan lebih!
Ada juga yang bertanya, apa perlu kita lakukan sekiranya 10% pun kita tidak dapat menyimpan oleh kerana tanggungan perbelanjaan bulanan adalah tinggi? Jawapannya, mulakan bayaran kepada diri sendiri pada 2% dulu. Dan secara beransur-ansur, naikkan nilai ini sehingga 10%.
Kaedah menyimpan sebegini adalah amat penting supaya hingga satu masa, menyimpan tidak menjadi sukar dan ianya menjadi tabiat.
2. Tabiat menjejak wang masuk dan keluar
Kekayaan bukan sekadar berapa banyak yang kita perolehi, tetapi, ia juga bermaksud, berapa banyak kita belanjakan. Sekiranya kita berpendapatan RM10,000 sebulan, tetapi perbelanjaan RM15,000 sebulan (jangan terkejut, ramai yang sebegini!), maka, kewangan kita gagal!
Setiap hari, amalkan tabiat mencatit segala perbelanjaan kita. Dengan mencatit perbelanjaan, kita tahu secara terperinci di mana kewangan kita pergi. Dulu, mungkin saya menyarankan mencatit dalam buku nota 555 :) Tetapi, hari yang serba canggih di mana ramai antara kita memiliki smart phone, apa kata anda download perisian mengurus wang yang boleh didapati secara percuma. Contohnya, Expense Manager untuk Android.
Tabiat mencatit segala wang keluar setiap hari akan membolehkan kita menjejak wang kita setiap minggu, dan setiap bulan. Dengan mengetahui segala wang keluar, kita boleh melakukan analisa sikap perbelanjaan kita - dan pastinya kita akan tahu di mana perlu kita kurangkan perbelanjaan sekiranya perlu.
3. Tabiat menambahkan aliran pendapatan
Untuk menjadi kaya, hanya dua sahaja perkara yang boleh dilakukan. Iaitu, kurangkan perbelanjaan, dan satu lagi adalah, tambahkan pendapatan.
Melalui ilmu yang dimiliki daripada tabiat membaca dan belajar, fikirkan cara-cara menambahkan pendapatan kita. Dengan memiliki pelbagai aliran pendapatan yang berlainan, bukan sahaja kita bersikap berhati-hati sekiranya salah satu rezeki pendapatan kita terputus, tetapi, dengan mempunyai aliran pendapatan berganda, kekayaan dapat dibina dengan lebih pantas.
Aliran pendapatan boleh terdiri berbagai bentuk, termasuk pelaburan, hartanah, menjalankan perniagaan, royalti, komisyen dan sebagainya.
Kebanyakan orang kaya dan berjaya bukan sekadar mempunyai satu punca pendapatan sahaja, tetapi mempunyai banyak aliran pendapatan yang berlainan. Jadikan tabiat ini, sebagai tabiat anda!
Khamis, 27 Disember 2012
5 Tip Jimat Untuk Kumpul Duit Kahwin
Salah satu cara yang paling express untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan. Tips-tips di bawah sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang sedang dalam proses ke arah berumahtangga:
1. Jangan selalu beli barangan branded
Kadang-kadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tu tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi anda kena ingat yang sekarang ni, objektif anda adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin.
2. Jaga keselamatan dan kesihatan anda
Sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit-penyakit lain. Kalau anda rajin jaga kesihatan, gerenti anda boleh elakkan daripada membayar bil hospital yang terlampau tinggi itu.
3. Kurangkan 'dating' pada setiap hujung minggu
Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang anda tunggu-tunggu supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama kekasih tersayang. Masa keluar ni, memang confirm duit anda pun akan 'keluar' sama. Yelah, masa keluar makan, takkan kekasih pula yang kena belanja, kan? Jadi, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan 'dating' pada hujung minggu. Kalau kekasih marah-marah, cakap pada dia "Sayang, abang nak simpan duit untuk pinang sayang..."
4. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah
Untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tahu pengembangan semasa, tetapi sekarang ni dah ada cara jimat untuk membaca suratkhabar, iaitu internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dan sebagainya lagi dan baca saja di situ. Kan jimat tu. Untuk yang suka membaca majalah hiburan pula, baca je blog gosip artis kat internet.
5. Kurangkan membeli gajet elektronik
Di zaman IT yang serba canggih ni, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet-gajet yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dan sebagainya. Kebanyakan daripada alat-alat ini memang serius mahal. Remaja memang sangat mudah tertarik untuk beli. Jadi, untuk elak daripada membeli, buat-buatlah tutup mata bila nampak gajet-gajet baru ini.

Rabu, 26 Disember 2012
5 Strategi Mencapai Kejayaan dan Memiliki Kekayaan
Berikut adalah 5 strategi mencapai kejayaan dan memiliki kekayaan yang anda usahakan. Mari kita teliti dan fahamkannya.
1. Sikap
Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang. Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika anda mahukan kejayaan.
Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja - apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri anda sendiri "ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini".
Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.
Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja anda, di dalam kereta, cermin di bilik air yang tertulis "SIKAP". Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan.
Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan "Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka!". Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.
2. Ambil tindakan
Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.
Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu mengambil beberapa lagi langkah dan strategi seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan dan memiliki kekayaan.
Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya - BUAT SAHAJA.
3. Tukar bagaimana anda diprogramkan
Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa bahawa "belajar pandai-pandai dan dapatkan kerja yang baik". Harap anda jangan tersalah anggap, saya fikir apabila kita di sekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes anda sendiri!
80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin anda sudah sedia maklum, jika anda benar-benar mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.
4. Tuliskan apa yang anda fikirkan
Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting? Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak anda yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulis anda tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan.
Jika anda mempunyai idea - tuliskan.
Jika anda mempunyai masalah - tuliskan.
Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh berfikir dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda pasti akan lihat perbezaannya kelak.
5. Tetapkan matlamat dan impian
Jika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti mempunyai matlamat, anda perlu tahu ke mana destinasi anda, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda. Saya berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini dan berkata "impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun" tetapi apabila anda tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.
Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian anda perlu berusaha untuk mencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.

6 Cara Blog Beri Anda Pendapatan
Semasa tahun 90-an, dunia internet lebih ke arah messaging dan juga laman web. Tetapi mengikut peredaran masa, blog menjadi satu medium yang semakin meningkat naik dalam mencapai target yang dihajati oleh individu.
Ada yang ingin memberi maklumat kepada orang ramai, meluaskan pengaruh politik, membina jenama, menulis diari, berhubung dan membina jaringan, kembangkan perniagaan dan tidak kurang juga yang menjana wang dengan aktiviti blogging.
Kini, pemilikan blog semakin menjadi mudah dengan menggunakan paltform blogspot ataupun wordpress. Sesiapa sahaja mampu untuk memiliki blog, dari seorang pelajar sehinggalah ke pensyarah, dari pemandu teksi sehinggalah Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Malaysia.
Adakah anda tahu, ramai yang menjana pendapatan pasif melalui blog masing-masing. Bloggers dari luar negara menjana tidak kurang dari RM4000 sebulan hanya melalui adsense sahaja.
Err, apa itu adsense? Akan diterangkan pada perenggan seterusnya. Teruskan pembacaan anda...
Bagaimana blog menjadi sumber pendapatan yang lumayan buat pemiliknya? Sudah pasti dari sumber pengiklanan dalam sesebuah blog.
Sumber pengiklanan ada dua, dari pihak ketiga mahupun pemilik blog itu sendiri yang meletakkan iklannya. Pihak luar akan membayar sejumlah nilai tertentu untuk beriklan dalam sesebuah blog.
Sudah tentu kos pengiklanan itu ke kantung pemilik blog.
Pemilik blog pula boleh mendaftarkan diri untuk iklan adsense. Adsense adalah iklan yang disediakan oleh pihak Google untuk diletakkan dalam website masing-masing. Apabila ada klik terhadap iklan itu, maka pemilik blog akan mendapat hasil komisen.
Selain dari Google, antara syarikat pengiklanan pihak ketiga adalah seperti Nuffnang, Adbrite dan Mangga Adds. Mereka ini juga menyediakan iklan untuk pemilik web dan blog.
Antara contoh iklan yang mudah dilihat adalah seperti banner iklan yang terdapat di dalam sesebuah blog. Iklan teks pun boleh dikira sebagai iklan.
Setiap blog, jika diperhatikan mempunyai tema yang tersendiri. Ada blog untuk aktiviti lasak, blog resepi, blog perniagaan, blog hobi, blog komuniti, blog pojok, blog politik, blog gosip artis dan sebagainya. Pendek kata, setiap blog ada profesion masing-masing.
Katakan blog anda terkenal dalam niche tentang pendidikan. Anda boleh membuat review tentang sesuatu produk yang akan dilancarkan.
Sebagai contoh, sebuah buku bertajuk "Teknik Belajar Berkesan" akan dilancarkan oleh sebuah syarikat. Anda boleh mengambil upah untuk mereview buku tersebut di blog anda.
Tulis serba sedikit tentang buku itu untuk tatapan pembaca blog anda. InsyaAllah, bayaran untuk sesuatu review tidak mengecewakan. Kalau tolong mempromosi lagi banyak yang akan anda dapat.
Anda boleh mereview apa sahaja produk yang bakal dilancarkan, sama ada perkhidmatan, produk fizikal/digital dan juga khidmat perseorangan.
Asalkan anda rajin mencari peluang untuk mempromosi blog anda pada orang yang sepatutnya.
Setelah terkenal, syarikat pula yang akan meminta khidmat review anda. Yakin dan pasti dengan blog anda.
Perkara ketiga bagaimana kita menjana wang dengan berblogging adalah dengan menyertai affiliates.
Apa itu affiliates? Maksud mudahnya, kita menjadi salesman untuk produk orang lain, dan mendapat komisen atas setiap jualan dari link web kita.
Anda menyertai affiliates produk percintaan yang sedang hangat di pasaran, blog anda pula memang ditulis oleh seorang mat romeo... Wah, sudah pasti jualan dari link anda bertambah!
Anda hanya perlu menggunakan beberapa teknik mudah untuk mempromosikan link anda itu di blog anda.
Pasti tidak mengecewakan. Antaranya meletakkan banner produk affiliates anda, review untuk produk tersebut, dan promosi melalui feedburner anda.
Page ranking juga boleh disewa untuk pemilik blog yang lain mengambil faedah atas link exchange. Katakan sesuatu laman web tersebut memiliki laman web yang tinggi page ranknya, dia boleh mengenakan bayaran untuk meletakkan link blog/web lain pada blognya.
Katakan page rank blog anda adalah 7, dan ada blog lain ingin meletakkan link blognya sebagai exchange link, tetapi blog itu baru 2 bulan dan page rank 0, maka anda boleh mengenakan kadar sewa mengikut suka hati anda lah untuk meletakkan link blog si polan itu.
Err, apa guna page ranking dan exchanger link ini? Page ranking yang tinggi menunjukkan yang sesebuah web itu mendapat traffic yang tinggi dan popular di search engine.
Manakala link exchange adalah untuk meningkatkan backlink url blog anda. Semakin banyak backlink (link blog anda di web orang lain) maka semakin mudah untuk sesebuah blog di search oleh search engine.
Ini bermakna, blog anda akan berada di kedudukan teratas dalam enjin pencari seperti Google, Yahoo, Bing dan Live contohnya.
Anda memang mempunyai idea yang mencurah-curah? Gaya penulisan anda memang umpphhh? Mampu memberi kepuasan kepada para pembaca?
Ya, setiap dari kita mempunyai gaya penulisan yang tersendiri dan itu yang membezakan seseorang bloggers dengan bloggers yang lain. Penulisan anda memang sungguh kreatif dan mempunyai tarikan yang tersendiri.
Maka, dengan penulisan anda, boleh ajar buat novel online, cerita bersiri, mahupun apa sahaja tentang penulisan. Buat satu membership site yang ekslusif untuk ahli premium sahaja dapat membaca penulisan kreatif anda itu.
Nah, anda mendapat income dengan kadar pembayaran untuk membership site blog anda. Mudah tetapi sukar untuk dicapai.
Anda memang seorang yang suka menulis aka menaip? Apa kata menjadi seorang freelance untuk menulis artikel. Satu artikel yang anda karang boleh dijual pada harga yang berpatutan.
Err, bagaimana nak jual? opss... caranya mudah dan fleksibel. Hubungi pemilik blog yang anda lihat jarang untuk mengupdate blognya. Hubunginya dan beritahu hasrat anda yang mahu menulis artikel untuk blog itu.
Apa?? Tak diterima!?? Blog di internet ini ada berjuta-juta. Pasti ada rezeki untuk anda. Teruskan usaha. Melalui idea anda juga, anda boleh menjual idea untuk pengguna internet yang lain.
Idea anda itu diformatkan ke dalam bentuk pdf atau dalam bahasa lain menjadi ebook.
Dan melalui ebook, ramai Internet Marketers dalam negara mencapai income 6 angka dalam masa kurang dari 30 hari! Maklumat dan info dalam fikiran anda itu sebenarnya amat-amat bernilai.
Cuma anda yang perlu sedar akan potensinya dan yang paling penting, bertindak! Kaedah menjana wang melalui blogging untuk point yang terakhir adalah dengan menawarkan khidmat melalui blog anda.
Katakan anda pandai dalam interior design, boleh menyatakan khidmat anda di blog, saya pasti, anda akan mendapat pelanggan dengan mudah.
Selain itu, servis seperti mereka laman web, mengedit script, install software, designer dan sebagainya menjanjikan pulangan yang berbaloi, asalkan anda serius untuk buat duit melalui blog.
Selain itu, anda juga boleh memanipulasi blog anda untuk memasarkan servis orang lain, anda hanya ambil untung atas angin. Hehe.. rahsianya?
Katakan anda tinggal di Jitra, dekat dengan dR Rozmey punya kilang, jualkan produk itu di blog anda tetapi ambil untuk atas caj wang pos. Kan untung tu...
Baiklah, itu adalah 6 teknik bagaimana blog mampu memberi pulangan yang lumayan untuk pemiliknya. Sekiranya anda masih beralasan untuk tidak memiliki blog anda sendiri, anda sebenarnya yang rugi. Mengapa saya berkata demikian?
Dengan menyebarkan ilmu melalui blog juga akan meningkatkan saham akhirat anda. Katakan 100 orang mengamalkan teknik dan ilmu yang anda ajar di blog anda, maka amal jariah anda sudah bertambah. 3 amalan yang tidak akan putus pahalanya sehingga ke kubur adalah:
1. Ilmu yang diamalkan oleh pelajar si mati
2. Sedekah jariah oleh si mati
3. Anak soleh yang mendoakan si mati
Jika anda masih beralasan, tidak mengapa, semoga anda selesa dengan kehidupan anda sekarang. Bukankah sharing is caring?? Moga dengan penyampaian artikel saya, anda beroleh manfaat darinya.

6 Cara Untuk Anda Membina Kekayaan
Terdapat 6 cara untuk anda membina kekayaan iaitu:
1. Kaya keturunan
Anda lahir ke dunia dan melihat wajah ibu anda adalah ratu Elizabeth.
Jangan salah faham, ini hanya contoh. Kalau seseorang itu lahir-lahir sahaja dan ibu dia adalah sekaya ratu Elizabeth, maka peluang dia untuk jadi kaya mungkin lebih tinggi bukan? Tapi berapa ramai di sini yang ada peluang untuk jadi kaya cara begini. Dalam 100 orang, mungkin 5 orang sahaja yang menjadi kaya kerana keturunan.
2. Menjadi usahawan atau ahli perniagaan
Cuba anda fikirkan sejenak. Apakah pekerjaan mereka yang tersenarai di Forbes Magazine sebagai manusia yang kaya dan berjaya? 74% daripada mereka yang berjaya dan kaya adalah mereka yang menjalankan perniagaan.
Pernah dengar tentang Hadith Nabi yang menyebut 9/10 daripada sumber rezeki adalah hasil daripada perniagaan? Ramai yang pernah mendengar Hadith tersebut, malah ada sesetengah ustaz yang dok mengajar Hadith ini tetapi mereka sendiri tidak mempraktikkan apa yang disarankan oleh Nabi s.a.w iaitu berniaga. Zaman hari ini kita perlu bertindak pantas. Jangan risau tentang hal orang lain tetapi fokus untuk memperbaiki diri kita sendiri.
Dapatkan ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan dan pelajari sistem yang digunakan kemudian bertindak untuk membina perniagaan anda sendiri. Lihatlah contoh perniagaan yang berjaya seperti kedai pakaian JAKEL milik usahawan bumiputra yang berjaya. Bermula hampir 30 tahun dahulu dan hari ini terus berkembang mempunyai banyak cawangan.
Kita perlu bangga dengan kejayaan tersebut, sokong kejayaan tersebut dan mencontohi kejayaan tersebut. Bukan bila tengok mereka berjaya dan mulalah keluar macam-macam kata-kata berbaur busuk hati dan dengki melihat kejayaan tersebut. Jika anda pernah ke Jakel, anda akan terperanjat dengan cara mereka melayan pelanggan yang sangat peramah walaupun anda bukan selebriti atau dikenali. Itulah antara perkara yang usahawan perlu contohi. Belum kira lagi betapa seronoknya mereka adik-beradik, ipar duai yang boleh kembangkan perniagaan mereka masing-masing bersama-sama.
Mungkin ada "biawak" yang cakap, "Eleh, masalah dalaman mana kau tahu?". Point saya ialah apa yang baik kita ambil tauladan. Yang pergi fokus dekat masalah tu buat apa? Bila kita terlampau sibuk cari masalah orang lain, kita akan terlupa yang kita ni mungkin berlambak masalah.
Point saya di sini, keusahawanan adalah platform yang bagus untuk membina kekayaan dan kejayaan tetapi anda perlu bersedia untuk sentiasa belajar memperbaiki diri dan skil anda. Kuasai ilmu pemasaran kerana pemasaran adalah kunci kejayaan dan kekayaan keusahawanan.
3. Bekerja keras untuk mendaki jawatan demi jawatan
Adakah anda tahu bahawa 10% daripada mereka yang berjaya membina kekayaan adalah dengan cara sanggup bekerja keras, berusaha dan menjadi aset kepada syarikat-syarikat. Mereka berkhidmat di syarikat-syarikat yang pada asalnya kecil kemudian selepas beberapa tahun menjadi syarikat yang besar, maka mereka yang bekerja keras ini diberikan ganjaran saham syarikat apabila syarikat tersebut diapungkan ke bursa saham. Ramai juga yang menjadi jutawan dengan cara begini.
4. Menjadi pakar atau profesional di dalam sesuatu bidang.
Ramai juga yang berjaya membina kekayaan dan kejayaan dengan menjadi profesional ataupun pakar di dalam sesuatu bidang. Contohnya seperti doktor, doktor gigi, peguam, arkitek, jurutera dan lain-lain lagi yang sangat berpengalaman dan pakar dalam jurusan mereka. Mereka adalah orang yang berusaha keras untuk mendapatkan kelayakan akademik dan sanggup bekerja keras untuk membina pengalaman serta kepakaran mereka. Ramai yang mendapat pendapatan yang tinggi dan tahu uruskan kewangan mereka untuk pelaburan dan pendapatan pasif.
5. Terlibat di dalam 'sales' (bidang jualan).
Salah satu cara untuk membina kekayaan adalah terlibat di dalam sales atau bidang jualan dan pemasaran. Ramai yang menjadi jutawan dengan bermula daripada 'sales'. Malah terlibat di dalam sales atau bidang jualan adalah antara cara yang mudah dan ramai daripada mereka yang berjaya serta kaya dengan cara ini mungkin tidak mempunyai kelulusan akdemik yang melangit tetapi pendapatan mereka mungkin lebih banyak sebulan dibandingkan dengan pendapatan setahun seorang professor yang mengajar tentang teori jualan dan pemasaran tetapi tidak pernah menjual atau pasarkan walau sebatang pen pun.
Orang yang mahu berjaya dalam bidang sales atau jualan ini, mereka perlu bersedia untuk bekerja keras, sanggup belajar dan perlu tahu uruskan kewangan dan belajar untuk melaburkan duit mereka serta bijak menguruskan kewangan supaya ianya tidak 'lebur'.
6. Nasib, bakat atau terpijak.
Hanya 1% daripada mereka yang kaya dan berjaya adalah mereka yang kaya menggunakan cara ini. Mereka adalah yang berjaya membina kekayaan melalui saham, ciptaan terbaru atau terkini, teknologi, industri hiburan, penulisan buku dan lagu, menang loteri atau apa-apa cara yang banyak memerlukan usaha tetapi banyak bergantung kepada bakat atau nasib. Malangnya, kumpulan inilah yang selalu diwar-warkan atau mendapat publisiti sedangkan sebenarnya cara untuk kaya dengan kaedah ini adalah tidak mustahil tetapi agak susah. Dan malangnya lagi di Malaysia ini, anak bangsa kita banyak ditonjolkan tentang kononnya betapa mudah untuk berjaya hanya dengan menjadi artis. Tetapi sebenarnya tidak, apapun bidang yang diceburi. Seseorang itu perlu bersedia untuk belajar mendapatkan ilmu, mentor, sistem serta sanggup berusaha bertindak pantas.
Artikel ini dipetik dari Metro Ahad, 10 Oktober 2010 oleh Dr. Azizan Osman.

Selasa, 25 Disember 2012
7 Langkah Bijak Berbelanja
Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan penggunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.
#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)
Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.
#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)
Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkan satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.
#3: Bezakan Antara Keperluan dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)
Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkan kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun sekadar ingin penuhkan wardrobe. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.
#4: Berbelanja dengan Senarai Perkara yang Diperlukan! (Shop with a List)
Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.
#5: Berikan Peruntukan untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)
Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukkan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.
#6: Carilah Teman untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)
Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.
#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)
Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.

Isnin, 24 Disember 2012
5 Punca Masalah Kewangan yang Membelenggu Diri
Tidak dapat dinafikan, wang merupakan satu 'alat' yang amat penting untuk meneruskan kehidupan. Seawal pagi lagi, kita sudah menggunakan wang. Semasa perjalanan menuju ke tempat kerja, kita membelanjakan wang untuk membeli sarapan, mengisi minyak kenderaan, membayar tol dan pelbagai lagi aktiviti transaksi. Pada hujung minggu pula, kita akan membelanjakan wang untuk membeli-belah dan menjamu selera bersama keluarga di restoran. Lihatlah, saban hari kita pasti menggunakan nota-nota kertas atau siling-siling ini. Oleh itu, kita perlu mengambil tahu cara-cara untuk menguruskan kewangan.
Mari kita perhatikan dan merefleksi diri tentang 5 punca masalah kewangan yang sering membelenggu kehidupan ini agar sama-sama mendapat manfaat daripadanya.
Apakah 5 punca utama masalah kewangan ini?
( 1 ) Tiada simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan adalah perkara penting dalam kehidupan anda. Ini kerana, anda tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin anda ataupun ahli keluarga anda akan ditimpa penyakit atau kemalangan. Saya mendoakan anda dan keluarga sihat sejahtera.
Namun, sekiranya anda mempunyai simpanan khas untuk perkara kecemasan, sekurang-kurangnya bebanan yang ditanggung tidaklah terlalu berat. Ia juga dapat memberi ruang dan pilihan untuk anda memikirkan tindakan terbaik yang anda perlu lakukan.
Satu cara yang terbaik ialah dengan membeli insuran kesihatan. Ramai orang yang kurang peka terhadap peri pentingnya insuran kesihatan ini. Tidak rugi anda membuat persediaan awal dengan membeli insuran kesihatan. Insuran kesihatan bukan sahaja dapat membayar bil-bil perubatan dan pembedahan, malah anda juga boleh menggunakannya untuk menolak cukai tahunan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
( 2 ) Tidak dapat membezakan antara keinginan dan keperluan
Ini juga satu punca utama yang menyebabkan anda mengalami masalah kewangan. Boleh dikatakan lebih 60% pembeli menyatakan bahawa mereka membeli mengikut keinginan dan bukannya keperluan. Anda perlu bijak dalam merancang perbelanjaan supaya ia tidak akan memudaratkan diri sendiri pada masa hadapan.
Satu tips yang baik ialah dengan membuat senarai barang-barang yang anda mahu beli. Kemudian, anda tanyakan pada diri, adakah ini keperluan atau keinginan?
Keperluan ialah sebarang benda yang anda betul-betul perlukan untuk memastikan kelangsungan kerja atau matlamat tugasan anda tercapai. Contohnya seperti komputer riba bagi seorang pelajar. Komputer riba amat penting untuk memastikan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik dan dihantar mengikut masa yang ditetapkan.
Keinginan ialah benda-benda yang tanpanya anda masih boleh membuat kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Contohnya, membeli sesuatu kerana mementingkan jenama. Sedangkan, masih ada produk yang mampu milik, berkualiti dan mampu membantu anda untuk mencapai sesuatu objektif. Istilah 'biar papa asal bergaya' tidak seharusnya digunapakai.
( 3 ) Tidak mengetahui aliran wang keluar
Sebaiknya, anda perlu mengetahui setiap aliran wang yang telah anda belanjakan. Ini adalah untuk memudahkan anda melakukan perancangan terhadap perbelanjaan yang ingin dilakukan.
Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon pintar pada masa kini, tidak kiralah sama ada menggunakan platform Android atau Apple. Anda boleh mencari aplikasi-aplikasi pengurusan kewangan seperti 'HomeBudget', 'Piggie' dan lain-lain. Aplikasi sebegini dapat membantu anda mengenalpasti aliran wang keluar pada setiap hari. Pada setiap minggu dan bulan, anda boleh mengetahui pola perbelanjaan dan seterusnya mengurus perbelanjaan dengan lebih baik.
Jika anda tidak menggunakan telefon pintar, anda boleh mengambil masa selama 5-10 minit setiap hari sebelum tidur untuk mencatat perbelanjaan anda. Percayalah, anda akan lebih tenang untuk membelanjakan wang kelak.
( 4 ) Citarasa melebihi kemampuan
Setiap perbelanjaan yang dilakukan mestilah berpadanan dengan kemampuan anda. Jangan terlalu mementingkan citarasa kerana ia pasti akan memudaratkan.
Dunia konsumerisme yang penuh dengan iklan-iklan di televisyen, surat khabar dan pelbagai lagi medium pemasaran, menyebabkan para pengguna berlumba-lumba untuk membeli barangan berjenama. Jika ada yang menegur, "Wah, kamu memandu kereta BMW. Kayanya." pasti timbul perasaan bangga kerana orang memuji kita kaya.
Namun, kita perlu bertanya kembali, adakah dengan memakai benda-benda berstatus tinggi ini boleh menyebabkan hati aku tenang? Mampukah aku tidur dengan lena? Jika anda tenang, tidak terbelenggu dek masalah melangsaikan hutang, itu petanda kemampuan anda mengikut citarasa. Jika sebaliknya, anda harus mula mengukur baju di badan sendiri. Bukankah hidup lebih tenang, jika hidup anda tidak dibelenggu oleh hutang yang menimbun?
Sebagai renungan, jika benar-benar kaya, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk atau mencanang kepada orang ramai bahawa kita kaya. Orang ramai akan tahu dengan sendirinya bahawa kita kaya atau sebaliknya.
( 5 ) Sukar menolak tawaran
Mungkin anda bukan seorang yang boros, tetapi anda merupakan seorang yang sukar untuk menolak tawaran jualan terutamanya daripada penjual dikalangan rakan-rakan atau ahli keluarga.
Anda perlu faham, matlamat akhir seorang penjual ialah untuk memastikan barangannya terjual. Ada penjual yang tidak mempedulikan apa-apa jua alasan yang diberikan oleh pelanggan. Justeru, anda perlu bijak untuk mengawal situasi ini supaya ia tidak membebankan anda kelak. Berkatalah tidak pada tempatnya.

Ahad, 23 Disember 2012
Soalan Trik: Ceritakan Kelemahan Diri Anda
Sudah menjadi lumrah dalam temuduga sekiranya anda ditanya soalan trik yang 'rumit' untuk dijawab. Post kali ini memfokuskan berkenaan cara menjawab soalan "Ceritakan Kelemahan Diri Anda".
Soalan ini biasanya ditanya ketika hampir di penghujung sesi temuduga, dimana penemuduga menggunakan soalan ini untuk mengetahui dan menguji daya pemikiran kreatif calon temuduga.
Calon yang tidak berpengalaman kebiasaannya akan:
1. Menjadi gugup, gementar dan mengambil masa yang panjang ataupun tidak berupaya untuk menjawab soalan ini dalam masa yang singkat.
2. Menceritakan perihal keburukan diri yang boleh mengakibatkan panel penemuduga mengambil jalan singkat untuk mengenepikan permohonan calon tersebut.
3. Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan berikut dengan menanyakan soalan balas kepada penemuduga untuk melengahkan jawapan.
Tips untuk menjawab soalan ini:
1. Ceritakan kelemahan yang boleh memberikan impak positif
Bagaimana? Dengan menceritakan minat ataupun kemahiran anda yang secara tidak langsung memberikan kesan terhadap persekitaran anda. Contoh:
Sample jawapan 1
"Menjawab kepada soalan tuan, apa yang saya dapat lihat pada diri saya adalah, apabila saya mula menumpukan perhatian terhadap sesebuah task, saya dapati sukar untuk saya berhenti, sampai balik rumah pun saya terbayang-bayangkan task tersebut."
Sample jawapan 2
"Saya memang seorang yang people person dan ceria, sampaikan kadang-kadang saya rasa saya terlebih spend masa dengan client, semata-mata nak entertain client tersebut."
2. Ceritakan kelemahan yang tidak berkait-rapat dengan kerja
Satu lagi cara adalah dengan menceritakan kelemahan yang langsung tidak berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Bergantung juga kepada panel penemuduga, kadangkala calon temuduga boleh menggunakan peluang ini untuk mengubah mood kepada mood yang lebih ceria dengan sedikit humor.
Sample jawapan:
"Kelemahan diri saya yang utama sekali - saya tak ada bakat langsung dalam masakan, pernah sekali saya cuba nak save bajet makan dalam apartment. Saya cuba untuk buat ikan kering masak asam, tapi bila je saya masukkan cili dalam belanga, terus keluar asap berkepul sampai alarm kebakaran berbunyi... apa lagi panik terus. Keluar je rumah, jiran-jiran dan berkumpul sebab diaorang ingatkan ada kebakaran... sejak tu saya dah tak berani nak cuba-cuba nak explore masak lagi."
Perhatikan sample jawapan tersebut tidak mencerminkan langsung kelemahan calon dalam melaksanakan tugas (kecuali sekiranya memohon dalam bidang masakan!). Peluang menceritakan pengalaman sebegini boleh menjadi bahan jenaka dan humor untuk mengurangkan rasa stress di kalangan panel penemuduga. Selain itu, ia turut memberikan impresi bahawa anda merupakan people person dan pandai berkomunikasi.
Anda boleh juga menggunakan pengalaman lain seperti pengalaman anda melukis, berenang, membaiki kereta dan sebagainya yang menunjukkan anda mungkin tidak berbakat dalam sesuatu bidang, tapi arif dan berkompetensi dalam bidang pekerjaan yang anda pohon.
Semoga berjaya!!

Jumaat, 21 Disember 2012
TIPS MOTIVASI DIRI
UNTUK berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.
Persoalannya di sini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Di sini ada diberikan sedikit tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.
Tahu Tujuan
Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.
Tetapkan Impian Atau Matlamat
Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus. Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.
Mempunyai Keinginan Yang Kuat
Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.
Tetapkan Haluan Sendiri
Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza. Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak releven untuk membandingkan kedua-dua orang ini.
Berani Meneruskan Perjalanan
Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikir bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat di mana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah ke hadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.
Lupakan Masa Silam
Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat di atas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.
Sekian, semoga tips motivasi diri yang diberikan di atas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.

Khamis, 20 Disember 2012
INFO PISANG DAN KESIHATAN
TAHUKAH anda pisang mempunyai pelbagai khasiat dan pisang sangat bagus untuk penghadaman tubuh badan. Selain itu juga kulit pisang pun ada khasiat yang tersendiri. Kulit pisang boleh dijadikan masker untuk muka atau tangan supaya dapat melembutkan dan melicinkan kulit.
Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendahkan kolestrol.
Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
Anaemia - Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.
INFO
Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.
Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

Selasa, 18 Disember 2012
Pantang Larang Semasa Hamil Yang Hanya Mitos
Bila seorang isteri menyampaikan berita gembira tentang kehamilannya pada suami tercinta, sering kita dengar pelbagai nasihat dari si suami kepada isterinya berdasarkan mitos pantang larang mereka yang terdahulu.
Begitu juga, setiap perlakuan dan pergerakan si isteri sudah mula dibelenggu dengan pelbagai pantang larang dan mitos sepanjang kehamilan, sehingga beliau bersalin. Ada di antaranya ingin saya kongsikan bersama semua pembaca.
Bentuk perut petunjuk jantina bayi
Terdapat andaian yang memberitahu perut yang menonjol ke hadapan atau membuncit ke atas memberi petunjuk janin yang dikandung adalah lelaki. Manakala, bentuk perut yang melebar pula dikatakan bayi perempuan.
Secara jelasnya, tiada fakta yang tepat yang dapat menyokong sumber yang dimaklumkan, Bentuk, ukuran mahupun arah perut tidak boleh dijadikan sebagai andaian.
Yang paling penting adalah menjaga, merawat dan menyayangi janin yang ada dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan.
Minum kopi punca tanda lahir
Perlu ibu ketahui, sekadar mengambil secawan kopi sehari tidak akan menjejaskan kesihatan kulit anda. Justeru, kopi tiada kaitan yang jelas dengan tanda lahir yang ada pada bayi anda.
Bayi perempuan 'curi' kecantikan ibu
Akibatnya ibu kelihatan kusam dan tidak bermaya sepanjang kehamilan. Hakikatnya, wajah kusam dan kulit yang tidak cantik pada ibu mungkin terjadi akibat perkembangan janin sehingga menyebabkan kulit itu mengalami kekeringan.
Barangkali juga ia diakibatkan oleh suhu yang panas dan gangguan hormon. Perlu diketahui, kulit kering tidak dapat menjadi indikasi yang dapat menentukan jenis janin.
Elak jumpa orang cacat
Tatkala bertemu dengan seseorang yang berwajah buruk atau cacat, bakal ibu akan berasa bimbang. Ada juga saudara mara yang minta anda menghindari dari bertemu dengan golongan sebegitu.
Alasannya bimbang janin akan terkenan dan mengalami keadaan yang sama seperti mereka. Jangan bimbang, hal sebegitu tidak akan berlaku. Janin tidak akan menjadi buruk wajahnya hanya dengan melihat sesuatu yang buruk.
Sebaiknya dari awal lagi, amalkan membaca surah-surah pilihan untuk membantu ibu sentiasa tenang emosi sekaligus mempengaruhi janin dalam kandungan. Bakal ibu juga perlu mengambil vitamin yang dibekalkan oleh doktor agar janin dalam kandungan sihat dan selamat.
Gemar makan asam tanda dapat anak lelaki
Ada juga yang menyatakan ibu hamil yang gemar memakan coklat akan melahirkan janin perempuan. Justeru, bagi anda yang mahukan bayi lelaki akan meminta pasangan membelikan anda mangga muda.
Sabar ya bakal ibu! Tiada jaminan perubatan yang dapat menentukan keinginan makan sesuatu boleh menentukan jantina pada janin anda.
Bayi berambut buat ibu panas
Ianya hanyalah mitos, hal ini kerana gejala panas dalam adalah biasa buat wanita hamil. Terutama di akhir trimester, apabila janin mula memberikan tekanan kepada organ ibunya.
Ibu hamil perlu mengelakkan makan sambal
Dikatakan mengambil sambal berlebihan boleh menyebabkan kepala janin botak. Perlu diketahui cili bukan punca kepada kebotakan. Namun, ibu masih perlu mengurangkan pengambilan makanan pedas agar ibu dapat mengelakkan berlakunya masalah cirit birit.
Jangan makan nanas
Wanita hamil juga sering kali diingatkan agar tidak memakan nanas mahupun asam. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan keputihan, keguguran dan meningkatkan lendir pada paru-paru bayi malah ada yang menyatakan ia boleh menyebabkan bayi kuning.
Perlu diketahui, nanas kaya dengan vitamin C dan ia membantu penyerapan zat besi dan menurunkan risiko jangkitan kuman dan pra matang. Namun, pengambilannya yang berlebihan iaitu lebih dari 1000mg/hari mampu mencetuskan masalah kesihatan yang lain terutama pada anda yang sensitif.
Jangan duduk di muka pintu
Kata orang tua ia boleh menyebabkan ibu sukar melahirkan anak. Hal ini kerana, perlakuan ibu dikatakan menghalang laluan orang. Perlu diingat, pintu merupakan laluan angin. Sebab itulah, bakal ibu perlu menghindari daripada berada di muka pintu untuk mengelakkan tubuh mereka sejuk dan berangin. Ia sama sekali tidak ada kaitan dengan proses kelahiran secara pembedahan.
Ibu hamil degil akan bermasalah
Ada yang memaklumkan jika bakal ibu tidak mahu mengikuti pantang larang yang diberikan bermakna bakal ibu akan dilanda masalah. Seharusnya bakal ibu jangan marah, ucapkan terima kasih dengan pandangan yang mereka berikan.
Namun, pandangan yang tidak boleh diterima, tidak perlu disimpan dalam hati sehingga mengganggu emosi ibu. Yakinlah bahawa baik atau buruk perjalanan hidup seseorang telah diatur oleh Allah.
Walaupun pelbagai mitos telah dikemukan wanita hamil tidak perlu terlalu taasub sehingga menyebabkan perjalanan kehamilan anda menjadi tidak ceria.
Sumber Mingguan Wanita

SYARAT KREDIT
Guna Wang Plastik Kena Berdisiplin
SEBELUM menggunakan kad kredit, anda perlu memahami terma dan syarat yang diberikan seperti berikut:
1. Had Kredit
Ini adalah had maksimum ditetapkan bagi setiap kad. Jika had ini habis digunakan, anda tidak boleh menggunakan kad sehingga anda menjelaskan sebahagian daripada bayarannya.
Lazimnya, had kredit adalah dua hingga tiga kali ganda pendapatan bulanan anda. Sekiranya anda menggunakakan had maksimum, ini bermakna anda sudah membelanjakan dua hingga tiga bulan pendapatan masa depan anda.
2. Yuran dan Caj
Ada pelbagai jenis yuran dan caj yang anda perlu fahami, termasuk:
> Yuran penyertaan
- Pengeluar kad kredit mungkin akan mengenakan yuran penyertaan sekali saja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu pengeluar kad dengan yang lain.
> Yuran tahunan
- Ini adalah yuran yang perlu dibayar apabila anda telah menerima kad kredit. Ada juga pengeluar kad kredit yang mengecualikan yuran ini jika anda memenuhi syarat penggunaan kad kredit anda.
> Caj kewangan
- Ini adalah caj yang dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan selepas tarikh akhir pembayaran dan dikira berdasarkan baki harian.
Pada masa ini, pemegang kad kredit dikenakan faedah secara bertingkat. Ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kad kredit secara berdisiplin. Kadar faedah bertingkat yang baru adalah seperti berikut:
- Rekod pembayaran balik
- Kadar faedah
- Pemegang kad yang menjelaskan bayaran minimum selama 12 bulan berturut-turut - sehingga 13.5 peratus setahun
- Pemegang kad yang menjelaskan bayaran minimum selama 10 bulan berturut-turut atau lebih 12 bulan - sehingga 16 peratus setahun
- Lain-lain - Sehingga 17.5 peratus setahun
Yuran pendahuluan wang tunai - Yuran ini dikenakan setiap kali pendahuluan wang tunai dilakukan dan biasanya antara tiga peratus hingga lima peratus. Yuran ini adalah caj kewangan tambahan dan dikira dari tarikh wang tunai berkenaan diambil.
Caj bayaran lewat - Ini adalah caj yang dikenakan jika anda gagal menjelaskan jumlah minimum bulanan sebelum tarih akhir pembayaran yang ditetapkan. Jika anda membayar selepas tarikh ini, anda akan dikenakan caj kewangan (faedah ke atas baki belum jelas) dan caj bayaran lewat.
Cukai perkhidmatan - Bermula 2010, setiap kad kredit akan dikenakan cukai perkhidmatan tahunan sebanyak RM50 ke atas pemegang kad utama dan RM25 ke atas pemegang kad sampingan. Bayaran ini akan dimasukkan dalam penyata kad kredit anda.
3. Tempoh Tanpa Faedah
Boleh menikmati tempoh tanpa faedah, kebiasaannya antara 20 hingga 50 hari dari tarikh urus niaga mula direkodkan, sekiranya anda tidak mempunyai sebarang jumlah tertunggak dari bulan sebelumnya.
Sehubungan itu, sekiranya anda hanya membayar sebahagian atau jumlah minimum baki yang perlu dibayar, anda akan dikenakan faedah ke atas semua pembelian yang dibuat melalui kad kredit dari tarikh urus niaga direkodkan.
Ini bermaksud jika bil kad kredit anda tidak dijelaskan dengan sepenuhnya pada tarikh akhir pembayaran dan baki dibawa ke bulan berikutnya, anda tidak akan menikmati tempoh tanpa faedah.
Faedah akan dikenakan ke atas urus niaga yang seterusnya dan faedah ini akan dikompaunkan pada kadar harian sehingga baki dibayar sepenuhnya.
Berita Harian

TIP WANG PLASTIK
Fahami Terma, Syarat Miliki Kad Kredit
MENGGUNAKAN kad kredit secara bijak adalah antara langkah penting untuk memastikan kedudukan kewangan anda sentiasa sihat. Kad kredit diibaratkan pisau tajam yang mempunyai banyak manfaat, tetapi jika disalahgunakan boleh melukakan anda.
Sebelum melangkah lebih jauh, mari kita fahami terlebih dulu apa itu kad kredit? Kad kredit ialah alat pembayaran secara elektronik yang membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai.
Bagaimana pula kad kredit berfungsi? Ramai yang menggunakan kad kredit tetapi tidak mengetahui bagaimana ia berfungsi. Kad kredit yang ditawarkan kepada anda juga menyediakan kemudahan meminjam yang dikenali sebagai had kredit yang ditetapkan oleh pengeluar kad kredit.
Apabila anda menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membuat bayaran kepada peniaga bagi pihak anda. Kemudian pengeluar kad kredit akan meminta bayaran daripada anda melalui penyata bulanan yang dikeluarkan.
Pada amnya, anda akan diberi tempoh tanpa faedah antara 20 hingga 50 hari sebelum perlu membuat bayaran.
Kelebihan kad kredit ialah ia adalah instrumen yang berguna sekiranya anda tahu menggunakannya dengan bijak.
Anda boleh menikmati faedah seperti berikut:
- Kaedah pembayaran yang mudah dan cekap.
- Membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian (online).
Menggunakan penyata bulanan untuk menjejak perbelanjaan bagi tujuan merangka bajet.
- Ada kad kredit yang menyediakan perlindungan insurans kemalangan peribadi dan insurans perjalanan secara percuma, bergantung kepada jenis kad yang ditawarkan.
- Menikmati skim menarik seperti skim bayaran ansuran tanpa faedah, skim bayaran fleksibel dan pemindahan baki pada kadar 0 peratus untuk memaksimumkan pembelian anda.
- Memperoleh mata ganjaran untuk menebus barangan dan perkhidmatan yang biasanya tidak dapat dinikmati jika bayaran dibuat secara tunai.
Apa yang anda perlu ketahui mengenai kad kredit? Sebelum menggunakan kad kredit, anda perlu memahami terma dan syarat yang diberikan. Mari kita lihat terma dan syarat yang ditetapkan terlebih dulu:
- Had kredit
- Yuran dan caj
- Tempoh tanpa faedah
- Kemudahan pemindahan baki
- Skim bayaran fleksibel/skim tanpa faedah
- Liabiliti pemegang kad sampingan

FIKIR SEBELUM PINJAM
Fahami Ciri Produk Dalam Membuat Keputusan
FAEDAH ialah caj yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam atau keuntungan yang diperoleh daripada wang yang didepositkan. Kadar faedah yang dikenakan atas pinjaman adalah ukuran risiko yang diambil pemberi pinjaman.
Semakin tinggi risikonya, maka semakin tinggilah kadar faedah yang dikenakan. Biasanya, ada tiga jenis kadar faedah yang ada di pasaran. Ini termasuk:
- Kadar sama rata: Faedah dikira berdasarkan jumlah asal nilai pinjaman sepanjang tempoh pinjaman.
- Kadar tetap: Faedah dihitung berdasarkan baki pinjaman semasa pada kadar faedah yang tidak berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman.
- Kadar terapung: Faedah dihitung berdasarkan baki pinjaman semasa, dengan kadar faedah bersandarkan pada indeks atau kadar asas. Kadar ini boleh berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman. Indeks atau kadar asas faedah yang paling biasa digunakan ialah Kadar Pinjaman Asas (KPA)
Faedah sama rata biasanya adalah lebih tinggi atau mahal. Ia dihitung di atas jumlah asal pinjaman yang dibuat dan dikenakan sepanjang tempoh pinjaman. Sebaliknya, faedah kadar tetap dan kadar terapung pula dikira berdasarkan baki pinjaman semasa.
Memahami Faedah Kompaun
FAEDAH kompaun pada dasarnya seperti faedah biasa. Ia dikira ke atas pinjaman pokok dan faedah terkumpul. Pengiraan faedah adalah secara tahunan, bulanan dan harian.
Kesan faedah lebih ketara mengikut kekerapan pengiraan faedah kompaun. Faedah kompaun juga boleh diibarat sebagai pedang bermata dua, iaitu sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.
Selain memberikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi, faedah kompaun juga menyebabkan caj faedah yang lebih banyak jika ada kelewatan dalam pembayaran balik pinjaman atau hutang kad kredit.
Amalan ini biasanya digunakan dalam pengiraan hutang kad kredit dan juga dalam pengiraan pinjaman perumahan.
Garis Panduan Bank Negara Malaysia (BNM) Mengenai Ketelusan Dan Penzahiran Produk
MENYEDARI pentingnya penzahiran yang mencukupi lagi berkesan kepada pengguna dan penyedia khidmat kewangan, BNM mengeluarkan Garis Panduan Mengenai Ketelusan dan Penzahiran Produk.
Garis panduan ini membantu meningkatkan piawaian penzahiran untuk produk kewangan runcit dan bertujuan membantu pengguna membuat keputusan bijak melalui penzahiran yang bermakna dan tepat pada masanya.
Menerusi garis panduan ini, BNM memerlukan penyedia perkhidmatan kewangan untuk memaklumkan semua ciri produk kewangan runcit untuk membantu pelanggan membuat keputusan kewangan bijak.
Anda dinasihat meminta dan memahami ciri produk sebelum membuat sebarang keputusan untuk menerima mana-mana kemudahan pinjaman.
Rumusan POWER
- Meminjam untuk memenuhi keperluan dan bukan kehendak atau meminjam untuk tujuan produktif sahaja.
- Meminjam mengikut kemampuan - hadkan nisbah hutang kepada pendapatan tidak melebihi 40 peratus.
- Apabila meminjam, fahami tiga peraturan meminjam iaitu tujuan pinjaman, keupayaan membayar balik dan sejarah pembayaran.
- Fahami jenis kadar faedah dan kesan terhadap keseluruhan kos pinjaman.
- Ketahui risiko sebelum menjadi seorang penjamin kerana jika peminjam gagal membayar balik pinjaman, maka anda adalah orang yang akan bertanggungjawab.

Khamis, 13 Disember 2012
HUTANG BOLEH DI ATASI DENGAN PERANCANGAN KEWANGAN
Masalah tanggungan hutang dan kegagalan mengurus kredit dengan baik sebenarnya bukan hanya dihadapi oleh penjawat awam bahkan juga kepada tidak kurang daripada 1.72 juta orang Melayu yang telah dewasa dan pencari pendapatan yang aktif di Malaysia. Kakitangan awam amat bernasib baik kerana jaminan pendapatan tetap dan majikan iaitu kerajaan yang tentunya teguh sudah pasti memudahkan mereka mendapat pinjaman dari semua arah. Tidak semua rakyat Malaysia khususnya orang Melayu memperolehi kemudahan ini. Kerana wujudnya kemudahan sedemikian rupa, ada di antara penjawat awam ini yang telah menyalahgunakan bukti pendapatan mereka itu untuk memperolehi wang pinjaman. Tetapi perkara sedemikian tidak dapat dielakkan dalam sesetengah perkara. Tuntutan keperluan semasa, kenaikan harga barangan, tanggungan hutang, kecemasan, pendidikan anak-anak dan lain-lain lagi telah memaksa mereka mengambil jalan mudah dengan meminjam seboleh-bolehnya tanpa mengira akibatnya.
Persoalannya di sini adalah apakah terdapat jalan penyelesaiannya? Jawapannya sudah tentu ada. Terdapat dua cara mengatasi masalah ini. Satu adalah menerusi penyelesaian mikro manakala cara lainnya adalah berbentuk makro iaitu dengan kerjasama kerajaan. Bagaimanapun pada kali ini penyelesaian secara mikro iaitu penglibatan individu-individu yang di dalam kategori "masalah" sahaja akan diketengahkan. Bagaimanakah penyelesaian mikro atau berkaitan individu ini? Jawapannya adalah menerusi kreativiti dan inovasi perancangan kewangan.
Apakah itu perancangan kewangan? Perancangan kewangan adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh. Secara ringkasnya ia adalah "personal corporate finance". Ia merupakan suatu ilmu dan industri yang terpenting dalam kehidupan.
Rakyat Malaysia pada dasarnya masih tidak diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini. Benar, separuh daripada manusia terkaya di dunia adalah perancang kewangan. Nama-nama seperti Warren Buffet (pemilik AIG Group) orang kedua terkaya di dunia dan keluarga Waltons (asasnya pemilik Wal-Mart) di mana 4 orang ahli keluarganya adalah antara 10 terkaya di dunia pada amnya adalah perancang kewangan yang boleh dijadikan contoh. Tujuh aspek utama dalam perancangan kewangan adalah meliputi aliran tunai, perbankan, hartanah, saham/ekuiti, insurans, cukai dan peninggalan harta (estate planning).
Asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dengan adanya simpanan, seseorang itu boleh membentuk "platform" dengan mudah. Bagaimanapun tidak semua orang mempunyai tabiat menyimpan yang baik. Oleh itu cara alternatif yang boleh digunakan adalah dengan meminjam. Dengan kecairan yang tinggi dan kadar faedah yang rendah sekarang ini, bank adalah opsyen yang mudah dan murah bagi membentuk "platform" atau dengan kata lain, modal, bagi memulakan langkah merancang kewangan. Penubuhan platform (modal) merupakan tunggak kepada perancangan kewangan yang menyeluruh.
Bagaimanapun, untuk menubuhkan sebuah platform yang baik menerusi meminjam (leveraging) seseorang itu perlu mengetahui beberapa prinsip asas pengurusan kredit. Pada dasarnya platform boleh dibentuk daripada 3 sumber pendapatan, samada menerusi simpanan sendiri (tunai), pemberian (pinjaman) keluarga dan cara kebiasaan yang ramai menggunakannya yakni menerusi pinjaman daripada institusi kewangan. Manakala melalui pinjaman ini pula, individu boleh memperolehinya menerusi 3 cara juga iaitu pinjaman peribadi, overdraf (tanpa cagaran) dan pinjaman tetap (kebiasaannya pinjaman perumahan).
Bagi individu yang ingin membina platform melalui cara meminjam (leveraging) ini, mereka harus memahami pengiraan kadar faedah. Sesebuah pinjaman itu terbahagi kepada 2 yang merangkumi pokok (prinsipal) dan faedah (interest). Pokok harus dibayar, tiada cara lain. Tetapi faedah boleh dielak sekiranya kita mengetahui cara pengiraannya. Terdapat 4 jenis pengiraan faedah iaitu, kadar tetap (flat rate), kebiasaannya untuk pembelian kereta atau pinjaman peribadi, kadar tahunan (yearly rests), kadar ini digunakan untuk sesetengah pembelian konsumer, kadar bulanan (monthly rests) untuk pembelian rumah (pinjaman perumahan kerajaan dan swasta) dan kadar harian (daily rests) yang digunakan untuk kemudahan overdraf dan sesetengah pinjaman perumahan swasta. Kadar faedah yang menguntungkan kita adalah kadar harian (daily rests). Ini adalah kiranya kdar sebenar (effective rate) untuk pengiraan kadar harian adalah yang paling murah.
Bagaimanapun sebelum seseorang itu meminjam persoalan pertama yang harus dijawab adalah bagaimana hendak membayarnya? Menerusi kreativiti perancangan kewangan, modal menerusi pinjaman untuk pembentukan platform terlebih dahulu dilaburkan ke dalam alat pelaburan yang memberi pulangan serta boleh disandarkan untuk mendapatkan kemudahan overdraf. Dengan cara ini, pulangan menerusi pelaburan dengan hanya pulangan (anggaran) 8% setahun dikompaunkan untuk 8 tahun, cukup untuk membayar pinjaman tanpa perlu membayarnya. Kemudahan overdraf boleh digunakan sebagai platform.
Setelah pembentukan platform (modal) ini, seseorang itu boleh melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-
- Menyelesai/mengurangkan hutang
- Untuk memenuhi keperluan tuntutan semasa
- Penyediaan tabungan kecemasan
- Keperluan pendidikan anak-anak
- Melawan kenaikan harga/inflasi
- Penyediaan menghadapi persaraan
Adalah salah jika anda diberitahu bahawa berhutang itu bagus. Hidup akan lebih bermakna dan mudah jika kita tiada bebanan hutang. Bagaimanapun masalahnya adalah mampukah kita membayar pembelian kita seperti membeli kereta, rumah dan lain-lain perbelanjaan yang mahal dengan tunai? Perancangan kewangan yang berjaya akan membolehkan kita melabur dan merancang tanggungan hutang kita dengan sempurna. Hasilnya nanti akan membolehkan kita membentuk kekayaan.
Bagaimanapun ramai antara kita gagal mengumpul kekayaan disebabkan oleh masalah hutang. Dalam budaya meminjam khususnya di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia ini, jika boleh mereka tidak mahu meminjam, jika meminjam pula mereka tak mahu bayar. Ini merupakan satu sikap yang salah. Sepatutnya kita harus mempunyai sikap, jika perlu berhutang, hutang harus diselesaikan dengan segera. Kegagalan memenuhi faktor ini dan mengurus hutang dengan baik telah menyebabkan ramai orang tersungkur sebelum sempat memulakan langkah pertama membina kekayaan. Kebebasan kewangan pada asasnya adalah bebas daripada hutang.

Keperluan Pengurusan Kewangan
Pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan. Namun begitu secara umumnya, rakyat Malaysia didapati tidak menguruskan kewangan mereka dengan cekap. Ini berdasarkan statistik yang menunjukkan bahawa 50% daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap adalah di bawah umur 30 (Malay Mail, 15/6/2009). Pada umur yang muda, mereka sudah jadi muflis. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam laporannya menyatakan golongan inilah yang menghadapi masalah menyelesaikan hutang, 27% menyatakan bahawa mereka hilang kawalan akan kegunaan kad kredit mereka dan 22% menyatakan bahawa mereka menghadapi keadaan susah kerana pengurusan lemah.
Menurut kajian yang dikendalikan oleh Citibank (The Star, 19/2/2009) pula:
- 37% responden menyatakan bahawa mereka agak bimbang akan masa hadapan kewangan mereka;
- Secara purata, rakyat Malaysia mempunyai simpanan hanya untuk sebelas minggu sahaja;
- Sejumlah 12% menyatakan bahawa mereka tidak menabung sama sekali;
- Sejumlah 86% menyatakan bahawa mereka cuba mematuhi bajet, hanya 28% berjaya mematuhi bajet mereka; dan
- Lebih 25% tidak berfikir atau memulakan rancangan persaraan mereka.
Di dalam kaji selidik yang dikendalikan oleh Malay Mail (14/10/2008) bertajuk, "Generation Y just doesn't care - What recession? It is a non-event for young Malaysians" melaporkan bahawa, walaupun Malaysia mengalami kegawatan pada ketika itu:
- Belia masih berbelanja RM 300 - RM 500 sebulan untuk hiburan dan riadah;
- Mereka terlalu suka untuk membeli belah sehinggakan dilabelkan sebagai "dream consumers"; dan
- Ramai memiliki telefon bimbit yang mempunyai teknologi yang terkini
Dalam satu lagi kajian yang dilakukan oleh CIMB (11/11/2008), terdapat 93% yang ditemuduga menyatakan bahawa mereka sedar akan keperluan pengurusan kewangan. Maka jelaslah bahawa pengguna Malaysia harus dididik dan dilatih dalam pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kewangan.
Dalam merancang kewangan, kita harus bertanya kepada diri sendiri tentang harapan, masa depan dan matlamat kita. Sebagai contoh, peristiwa-peristiwa yang kita akan lalui termasuk membeli rumah, membeli kereta, berkahwin, mendapatkan anak, pendidikan anak, melancong dan bersara.
Dalam setiap fasa kehidupan, kita sering mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewangan yang berbeza. Setiap peringkat hidup memberi kita peluang dan cabaran yang berbeza. Apabila kehidupan kita berubah, maka kehendak dan keperluan kita juga berubah. Perancangan kewangan menyediakan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup ini.
Melalui perancangan kewangan kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh yang tertentu.
Sekiranya kita merancang kewangan dengan cekap, kita akan merasakan bahawa kita berupaya untuk mengawal kewangan kita dan memastikan kita akan berbelanja mengikut kemampuan yang sebenar. Selain itu dapat menguruskan hutang dengan baik serta mengelak daripada kesan-kesan negatif seperti muflis atau bergantung kepada orang lain seperti ibu bapa atau anak-anak kita.
Kita juga akan mempunyai perhubungan sosial yang baik dengan ahli keluarga, kawan dan rakan-rakan sekerja kerana anda tidak meminjam wang daripada mereka setiap kali anda mempunyai masalah kewangan.
Kita juga akan merasa bebas daripada masalah kewangan kerana kita telah merancang akan keperluan masa hadapan serta mempunyai tabungan atau insurans untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kita dapat mencapai matlamat hidup bukan sahaja untuk diri kita sendiri tetapi juga untuk keluarga. Maka dengan membuat perancangan kewangan, kita akan menyedari akan keperluan masa kini dan masa hadapan, sumber-sumber kewangan yang dimiliki serta sumber kewangan yang diperlukan serta cara sebaik mungkin untuk memperolehi sumber. Yang penting sekali, kita akan merasa tenang dan memperolehi keamanan dalam kehidupan anda.
AKPK

Rabu, 12 Disember 2012
Tips Penjimatan Wang & Pengurusan Terbaik
KEBOLEHAN untuk mendapatkan wang dalam jangka masa yang panjang akan membantu anda untuk terus hidup pada dunia zaman sekarang. Tips untuk mendapat wang yang berterusan adalah mempunyai kemahiran pengurusan wang yang baik. Teruskan membaca artikel di bawah kerana di sini terdapat banyak tips penjimatan wang yang akan memberi anda kemahiran pengurusan wang yang diperlukan dalam menguruskan wang dengan bijak.
Untuk meningkatkan amalan kewangan peribadi anda, amati perbelanjaan sebenar anda berbanding dengan bajet bulanan yang anda rancang. Ambil masa sekurang-kurangnya seminggu sekali sebagai perbandingan untuk memastikan bahawa anda belanja berlebihan. Jika anda telah menghabiskan lebih banyak wang dari apa yang anda rancang pada minggu pertama, anda boleh mengubahnya pada minggu-minggu akan datang.
Jangan membeli sebuah kereta baru melainkan anda mempunyai beberapa ribu wang yang ingin anda buang. Pembeli kereta baru biasanya kehilangan antara RM10,000 hingga RM30,000, selepas kereta dipandu keluar. Membeli sebuah kereta terpakai dalam kondisi terbaik adalah pelaburan yang lebih baik dan wang yang disimpan kekal dalam akaun bank anda.
Simpan wang untuk kecemasan ke dalam akaun yang akan memberikan anda akses bila-bila masa anda mahu. Walaubagaimanapun anda juga akan mendapat sedikit faedah dari simpanan ini. Ingatlah bahawa beberapa jenis akaun simpanan mungkin memerlukan sejumlah besar wang deposit sebelum jumlah faedah yang tinggi tersebut akan dibayar.
Jika anda sedang mencari cara untuk menjimatkan wang, cara terbaik untuk berbuat demikian adalah dengan membayar insurans kereta anda setiap tahun dan bukannya setiap enam bulan. Kebanyakan syarikat insurans kereta menawarkan diskaun yang besar kepada pelanggan yang membayar setiap tahun dan bukannya setiap enam bulan. Berbincanglah dengan syarikat anda untuk membuat pilihan.
Satu tips penjimatan wang yang baik boleh membantu anda berjimat adalah dengan berkongsi makanan contohnya lauk dengan pasangan atau kawan anda apabila anda membuat keputusan untuk makan di luar. Terdapat beberapa restoran yang menghidangkan makanan yang banyak untuk satu hidangan. Dengan berkongsi makanan, anda akan menjimatkan lebih banyak wang.
Jangan hanya disebabkan ekonomi jatuh, menjadikan alasan untuk berhenti melabur wang dalam akaun persaraan anda. Walaupun ia mungkin mengakibatkan anda untuk berhenti melabur pada masa itu, anda perlu ingat kadangkala lebih banyak wang dibuat di bawah pasaran daripada sebaliknya.
Berbelanja mengikut kemampuan. Ini adalah perkara yang sangat jelas dan diketahui umum, tetapi begitu ramai orang tidak mengambil perhatian mengenai perkara ini. Anda perlu tahu pendapatan anda dan bajet kewangan. Ini bukan sahaja menjadikan kewangan yang lebih stabil, tetapi juga emosi yang terkawal. Ia boleh menyebabkan kebimbangan anda untuk sentiasa dalam ketakutan berterusan mengenai kewangan anda.
Jangan sekali-kali menjadi penjamin atas pinjaman untuk rakan atau ahli keluarga melainkan anda sanggup dan mampu untuk membayar sepenuhnya. Malah niat baik anda boleh membawa kepada kemusnahan kewangan jika sesuatu berlaku, dan orang yang anda sayangi tidak boleh membayar. Ini bukan sahaja boleh membebankan kewangan anda, tetapi juga hubungan anda.
Terdapat banyak cara yang boleh menjimatkan bil elektrik rumah anda setiap bulan. Satu cara terbaik untuk menjimatkan wang adalah dengan menyusun ruang tamu anda dengan pengudaraan yang lancar. Penghawa dingin terpaksa bekerja lebih untuk memastikan ruang yang sejuk jika ruang tamu anda dalam keadaan menyemakkan dan tidak tersusun. Pastikan bahawa anda tidak meletakkan terlalu banyak benda di dalam peti sejuk anda. Muatan yang lebih di dalam peti sejuk menjadikan motor kerap bekerja untuk mengekalkan kesegaran bahan di dalamnya. Cat putih di bahagian siling anda merupakan cara terbaik untuk mengawal suhu bilik rumah anda dan akan mengurangkan penggunaan tenaga.
Satu tip kewangan peribadi yang terbaik adalah untuk sentiasa tawar-menawar dan mencari harga promosi apabila anda membeli-belah. Ia adalah tidak wajar untuk membuat keputusan untuk membeli apa-apa barang sebelum cuba untuk mencari harga yang lebih murah di tempat lain. Dengan membeli-belah, anda biasanya boleh mencari yang lebih baik daripada pilihan pertama anda.
Dapatkan akaun perbelanjaan fleksibel melalui majikan anda jika ada. Ini adalah wang yang diketepikan daripada gaji yang disimpan untuk membayar kos perubatan dan lain-lain. Jadi anda biasanya akan menjimatkan sekitar 15% dari perbelanjaan ini.
Menggunakan kad kredit kegemaran anda secara berkala jika anda tidak mahu kehilangannya. Syarikat kad kredit boleh menutup atau mengurangkan had kredit pada akaun tidak aktif atau tidak menguntungkan tanpa memberi notis terlebih dahulu sehingga boleh menjejaskan kewangan anda di masa depan. Gunakan kad kredit secara berkala dan perlu membayar baki untuk bebas daripada hutang.
Pertimbangkan untuk menutup salah satu kad kredit yang mempunyai faedah yang lebih tinggi dan membuka kredit yang mempunyai ganjaran. Ini boleh membantu anda mendapat penggunaan secara percuma. Gunakan kad kredit dan pastikan bahawa anda membayar baki setiap bulan untuk mengelakkan caj faedah tinggi sehingga setiap bulan.
Setelah anda membaca kandungan artikel ini, mudah-mudahan, anda mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana untuk menguruskan wang anda.

Cara Menguruskan Kewangan Dengan Bijak
Sediakan senarai bajet yang harus dipatuhi
- Beli belah.
- Pastikan realistik.
- Kenalpasti perbelanjaan yang paling perlu terlebih dahulu (sumber yang terhad).
Jadilah pembeli bijaksana
- Selalu meninjau harga barangan dan perkhidmatan dan buat perbandingan harga.
- Membeli alternatif keluaran umum yang lebih murah dan tidak kurang kualiti.
- Tulis dan bawa senarai barangan yang perlu dibeli.
- Jangan terlalu ghairah.
Amalkan tabiat kitar semula
- Mengguna semula hiasan raya seperti langsir, alas kusyen dan butiran kecil seperti hiasan perayaan.
Buat persediaan sendiri
- Rekodkan segala perbelanjaan anda. Kenalpasti perbelanjaan tetap dan berubah serta perbelanjaan budi bicara anda.
- Cuba hadkan perbelanjaan kepada apa yang perlu sahaja.
Beli ikut keperluan dan bukan kemahuan
- Pastikan bayar penuh bil kad kredit.
Jangan lupakan kewajipan
- Menabung 10% - 15% daripada gaji.
- Bila membeli barangan yang mahal pastikan ia dilihat sebagai satu pelaburan yang baik untuk jangkamasa yang panjang.
Berseronok secara sederhana
- Berdisiplin diri.

Khamis, 6 Disember 2012
Lebih ramai gemar bekerja sendiri - Kajian
KUALA LUMPUR 5 Mei - Kemelesetan ekonomi Malaysia telah menyaksikan kelahiran generasi baru usahawan tempatan dengan seorang daripada enam responden menganggap diri mereka sebagai 'bekerja sendiri'.
Hasil itu adalah sebahagian daripada Indeks Tenaga Kerja Global Kelly, yang mendapatkan pandangan kira-kira 134,000 kakitangan, termasuk 2,000 di Malaysia.
Tinjau selidik itu juga mendapati hampir separuh daripada responden mahu memulakan perniagaan mereka sendiri, dengan golongan Gen Y yang berusia 18 hingga 29 tahun lebih berminat memulakan perusahaan komersial.
Pengarah Urusan Kelly Services Malaysia, Melissa Norman menjelaskan, ramai di antara mereka yang kehilangan kerja akibat krisis ekonomi global kini bertukar menjadi kontraktor dan pekerja bebas serta perunding.
Hari ini, lebih ramai orang ingin menentukan jalan kerjaya mereka sendiri dan menganggap bekerja sendiri sebagai cara untuk mencapai kejayaan peribadi dan profesional.
Hasil tinjau selidik di Malaysia mendedahkan sebanyak 17 peratus daripada responden kini bekerja sendiri.
Minat terhadap pekerjaan sendiri adalah seiring dengan trend ke arah penggunaan sumber luar bagi menjalankan fungsi bukan teras yang menyaksikan banyak organisasi mengurangkan tenaga kerja tetap, mewujudkan peluang baru bagi kontraktor bebas.
"Apabila dilihat dari segi perspektif generasi, terdapat kecenderungan bagi pekerja muda untuk menunjukkan lebih minat berbanding pekerja yang lebih tua untuk melaksanakan kerja yang fleksibel dan bersifat keusahawanan," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Industri yang melibatkan kumpulan pekerja sendiri paling besar ialah pendidikan, pelancongan dan riadah, perkhidmatan perniagaan dan kejuruteraan.
Kelly Service berkata, hasil tinjau selidik turut menunjukkan semakin ramai orang terlibat atau merancang untuk menceburi satu bentuk aktiviti keusahawanan.
Walaupun menghadapi ketidakpastian, idea untuk keluar daripada kepompong pekerjaan makan gaji biasa menjadi daya tarikan bagi mereka yang mahukan kebebasan apabila bekerja sendiri, tambah Norman.
sumber: Utusan Malaysia Online

Tip Menjadi Seorang Usahawan
Jika anda tidak suka bekerja dengan peraturan yang ditetapkan di syarikat, anda boleh memilih untuk memulakan perniagaan sendiri. Sebelum memulakan usaha, pastikan anda mempunyai:
1 PELUANG
Perlu dilihat ialah peluang untuk memasarkan produk. Anda perlu melihat daya beli masyarakat terhadap produk yang dikeluarkan. Jangan menggunakan bahan asas yang terlalu tinggi hingga menyebabkan kos meningkat. Sebaliknya keluarkan produk yang mampu dimiliki oleh pengguna.
2 KEUNTUNGAN
Dalam dunia perniagaan, naik turun adalah lumrah yang harus dihadapi. Jika belum beroleh keuntungan yang boleh dibanggakan, teruskan sahaja usaha. Mungkin belum lagi sampai rezeki anda. Selamat berjaya!
3 MODAL
Anda perlu menganalisa jumlah modal yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan. Pastikan anda tahu keadaan pasaran dan gambaran kasar pengeluaran anda. Yang biasa kita tahu modal adalah dalam bentuk wang ringgit tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Selain daripada modal dalam bentuk wang ringgit, ia juga boleh dikategorikan pengalaman, kenalan dan diri sendiri.
4 SIKAP
Faktor ini adalah yang paling utama untuk memastikan kejayaan perniagaan yang diusahakan kerana ia datang daripada diri usahawan sendiri. Kemahiran dan kepakaran boleh dibeli dengan melantik konsultan dan menggaji pekerja yang sesuai. Sikaplah yang akan menentukan samada usahawan itu sanggup menghadapi cabaran perniagaan ataupun tidak.

Selasa, 27 November 2012
Panduan Beli Rumah Second-Hand
1. Hubungi penjual /ejen dan tanya harga.
Cari rumah yang hendak dibeli. Sebelum tengok rumah, tawar harga semurah mungkin. Periksa juga "market value" rumah tersebut. Lebih elok kalau boleh dapat beli rumah dari tuannya sendiri.
Yang lebih penting periksa status rumah tu, dah tukar hak milik strata atau belum, kalau masih atas nama pemaju dan pemaju sudah mengalami kebankrapan, mungkin kesulitan akan timbul kerana memerlukan masa yang lama untuk "liquidity" rumah tersebut.
2. Pergi tengok rumah.
Tanya banyak soalan. Dan cek semua benda. Yang penting, tengok kalau ada problem besar yang mungkin perlukan major repair macam bumbung bocor, piping problem, tekanan air rendah, wiring dalam dinding dan lain-lain terutama rumah yang dah lebih 10 tahun. Borak dengan jiran dan pekedai kawasan sekeliling, takut-takut ada problem yang kita tak tahu macam selalu banjir, bekalan elektrik tak elok, gangguan orang minyak dan sebagainya.
3. Minta extra diskaun.
Sebutkan semua kekurangan yang ada pada rumah pada penjual/ejen (walaupun remeh macam cat tak kemas, sinki tak lawa). Tujuannya untuk minta diskaun tambahan hehe. Penjual pun pressure nak jual, so jangan segan nak tawar.
4. Bayar deposit 3%.
Sediakan duit 3% dari harga rumah. Hati-hati sebab ada juga ejen/penjual rumah penipu. Kalau dah ada lawyer, lebih baik bayar melalui lawyer. Kalau bayar direct, elakkan bayar cash. Gunakan cek. Kalau takde buku cek, buat bank draf, senang je. Minta resit sebagai bukti bayaran.
5. Cari lawyer.
Cakap untuk tujuan beli rumah. Tanya lawyer tu banyak kes tak dia handle sekarang, takut dia sibuk. Warning dia awal-awal yang urusan ni mesti diselesaikan secepat mungkin. Lawyer akan drafkan perjanjian jual-beli (sale & purchase aggreement).
6. Apply loan.
Apply loan di beberapa bank. Sebabnya, kadar pinjaman ni berubah-ubah setiap bulan. Bulan ni Bank A murah, bulan depan Bank B murah. Kadang-kadang bank sama tapi cawangan lain pun berbeza-beza rate loan. Ni boleh jadi kalau cawangan bank tu tak cukup lagi kuota keluarkan loan bulan tu. Kadang-kadang kita boleh tawar menawar rate pinjaman tu, contohnya kalau kita: dapat better offer dari bank lain, ada rekod CCRIS cantik, beli rumah yang mahal, ada banyak duit dalam fixed deposit dan lain-lain. Kalau tak lepas, cuba apply loan dari MBSB atau Syarikat Insurans.
7. Sign S&P Agreement.
Bila loan approve, penjual akan sign S&P yang lawyer dah sediakan. Lepas tu boleh la keluarkan EPF akaun 2 tu... seadanya termaktub kepada EPF dalam 20% maksimum untuk rumah pertama. Suami isteri boleh keluarkan, jadi boleh la cover balik 10% deposit rumah dengan bayar lawyer tu.
8. Bayar baki 7%.
Bayar baki 7% dari harga rumah, melalui lawyer.
9. Lawyer buat kerja
Ni proses paling lama, mungkin 2 bulan, mungkin setahun. So rajin-rajinlah follow up. Call lah sekali seminggu tanya status terbaru. Lawyer ni selalunya buat kerja ikut siapa yang push dia. Tak push, memang slow. Bayar lawyer lepas kerja dia dah siap sepenuhnya. Jangan bayar lawyer tu awal-awal, nanti dia dah takde inisiatif untuk selesaikan cepat.
10. Dapat rumah!
Bila semua urusan lawyer selesai, bank kita akan release duit pinjaman kepada penjual. Rumah jadi hakmilik kita dan penjual akan bagi kunci rumah. Jangan lupa tukarkan air, letrik TNB dan Indah Water atas nama kita.

21 Tips Menghalang Kecurian
Jika anda seseorang yang sentiasa meninggalkan rumah anda disebabkan urusan kerja atau sebagainya, anda mungkin berhadapan dengan risiko berlakunya kecurian terhadap harta benda di rumah anda. Di samping bertawakkal dan berserah kepada Allah SWT, kita juga disaran mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Oleh yang demikian, berikut adalah tips-tips berguna yang disaran oleh bijakpandai untuk mengelak dan menghalang kecurian daripada berlaku kepada rumah kesayangan anda. 21 tips ini mungkin dapat menghalang kecurian:
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan.
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur. (Kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar atau terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on dan offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).
7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan no motor/kereta mereka (selalunya naik motor dan mereka ini biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stereng sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (sebab ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/peti surat/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ini...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
21. Jangan berkawan dengan orang Indon atau Bangla. Haha... kalau maid sendiri orang Indon camner?

Amalan Pengurusan Kewangan Peribadi Yang Berhemah
Kita sering kali terdengar tentang kisah wang dan masalah-masalah yang dihadapi disebabkan oleh wang. Namun begitu pernahkah kita terfikir apakah punca kepada semua permasalahan yang timbul itu. Jika kita renungkan kembali, kitalah yang menentukan sama ada wang dapat memberi keselesaan ataupun kesengsaraan kepada diri kita sendiri. Kita perlu tahu cara atau amalan yang betul dalam menguruskan kewangan peribadi supaya masalah ini tidak timbul. Konsep pengurusan kewangan peribadi itu sendiri sebenarnya ringkas; perbelanjaan tidak sepatutnya melebihi pendapatan dan simpanan perlu ditetapkan sebelum membuat perbelanjaan. Namun sejauh mana konsep ringkas ini dapat diikuti, itulah yang menjadi persoalan sehingga kini.
Tidak dinafikan wang merupakan medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Namun kita sebagai manusia sering kali melakukan kesilapan dalam menguruskan wang sehinggakan ia bukan sahaja menghantui golongan berpendapatan rendah, malahan yang berpendapatan agak lumayan juga tidak dapat lari dari masalah pengurusan kewangan.
Berikut merupakan antara beberapa kesilapan yang kerap dilakukan dalam menguruskan wang:
- Sentiasa memberi alasan tidak ada masa sehingga gagal untuk merancang kewangan.
- Kerap berbelanja dengan menggunakan kad kredit tetapi bayaran bulanan pula hanya pada tahap minimum.
- Asyik memikirkan mengenai wang sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.
- Berbelanja mengikut nafsu sehingga melebihi kemampuan.
- Sering kali terlibat dalam pelaburan tetapi terlalu cetek ilmu yang ada mengenai produk yang dipilih.
- Tidak mempunyai simpanan khas untuk digunakan ketika kecemasan.
- Sentiasa menangguhkan untuk membuat simpanan hari tua dan terlalu mengharapkan simpanan KWSP ataupun pencen tanpa merancang dengan teliti keperluan sebenar sewaktu bersara kelak.
Namun adakah kesilapan yang sering dilakukan ini tiada penyelesaiannya? Jawapannya adalah tidak. Dalam perbincangan ini, penekanan dari aspek pengurusan kewangan yang bijak dan juga cara melabur dengan bijak akan ditekankan dan diberi penerangan satu persatu. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dibuat, terdapat beberapa tip atau kaedah yang boleh dijadikan panduan dalam menguruskan kewangan peribadi dan kaedah yang sepatutnya diamalkan dalam menguruskan pelaburan anda.
Tip Menguruskan Kewangan Dengan Bijak
Kita sering kali akur tentang kepentingan menguruskan kewangan dengan bijak kerana setiap dari kita mempunyai sumber kewangan yang terhad. Namun kita haruslah mendisiplinkan diri bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan.
Berikut merupakan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam merancang kewangan.
- Pastikan setiap kali menerima gaji bahagian wang yang hendak dijadikan simpanan disimpan dalam akaun khas.
- Cuba elakkan dari berbelanja menggunakan kad kredit, jika masih tidak dapat mengawal diri, cuba sedaya upaya melangsaikan hutang-hutang dengan cepat dan batalkan kad anda serta merta.
- Rancang kewangan anda dengan teliti. Wujudkan pelan perbelanjaan peribadi khas yang meliputi perbelanjaan harian, mingguan, bulanan sehinggalah perbelanjaan tahunan.
- Elakkan diri dari berhutang kecuali untuk membeli benda seperti kereta dan rumah. Jika tidak mampu, disarankan supaya anda menangguhkan dulu hasrat sehingga anda benar-benar mampu.
- Amalkan sikap menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum melangkah pergi ke pusat membeli belah bagi mengelakkan anda dari membelanjakan wang untuk barangan yang tidak penting.
- Jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan anda. Perkara ini hanya akan membebankan anda di kemudian hari.
- Pastikan anda mempunyai tabungan khas bagi digunakan ketika kecemasan.
- Adalah penting bagi anda memiliki insurans yang bersesuaian dengan anda atau keluarga. Pastikan peruntukan yang cukup disediakan bagi tujuan ini kerana apa yang pasti, malang tidak berbau.
Tip Untuk Membuat Pelaburan Bijak
Jika mengambil kira faktor time value of money dan kadar inflasi, kita akan tertanya-tanya, mengapa wang simpanan kita tidak mencukupi untuk sesuatu tujuan sedangkan perancangan awal telah dibuat. Pada dasarnya wang kita masih sama jumlahnya dan mengikut perancangan cuma nilainya sahaja yang berkurangan.
Simpanan kita di bank tidak dapat mengatasi masalah ini kerana kebiasaannya, kadar faedah tahunan yang ditawarkan oleh bank adalah lebih rendah dari kadar inflasi tahunan. Hanya dengan membuat pelaburan, potensi untuk mengatasi masalah ini dapat dicapai. Namun begitu perlu diingat, risiko pelaburan sangat tinggi, tanpa pengetahuan yang jelas ia akan merugikan anda.
Berikut merupakan beberapa tip yang dapat digunakan sebelum membuat pelaburan.
- Kenali dengan jelas jenis pelaburan yang terdapat di pasaran. Sebagai contoh, pelaburan dalam pasaran modal seperti saham, bon, niaga hadapan, unit amanah ataupun dalam pasaran bukan modal seperti insurans, hartanah dan sebagainya.
- Ketahui matlamat sebenar pelaburan yang bakal anda lakukan. Adakah ia bersifat jangka pendek ataupun sebaliknya.
- Padankan matlamat pelaburan dengan profil pelaburan anda iaitu sasaran keuntungan yang anda inginkan dan juga risiko yang bakal anda hadapi. Pada dasarnya, pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, risikonya juga tinggi, sebagai contoh melabur dalam bursa saham. Begitu juga sebaliknya.
- Setelah mengetahui kehendak diri, pastikan anda memilih produk pelaburan yang bertetapan dengan kehendak dan kemampuan anda. Sebagai contoh saham dan unit amanah adalah bersesuaian dengan pelabur runcit memandangkan modal awal yang diperlukan kecil berbanding niaga hadapan dan bon yang memerlukan modal awal yang besar.
- Pastikan anda telah faham secukupnya tentang pelaburan dan membuat kajian terperinci tentang produk yang bakal anda pilih sebelum melabur. Jangan sesekali melabur berlandaskan naluri tanpa merujuk kepada apa-apa maklumat terlebih dahulu. Sebagai contoh jika anda ingin melabur dalam unit amanah, pastikan anda tahu jenis unit amanah dan syarikat yang menguruskan unit amanah itu. Rujuk propektus pelaburan dan bandingkan antara beberapa syarikat yang menguruskan amanah sebelum memilih yang terbaik untuk melabur.
- Cuba untuk fokus kepada matlamat pelaburan jangka panjang kerana ia lebih berkesan berbanding pelaburan jangka pendek yang lebih terpengaruh dengan apungan pasaran yang tidak menentu. Ini akan menjejaskan potensi pelaburan anda.
- Amalkan konsep melabur secara pemurataan kos ringgit (dollar cost averaging). Konsep pelaburan ini membolehkan anda mendapat manfaat dari ketidaktentuan pasaran memandangkan pelaburan yang dibuat adalah bersifat konsisten, bukannya melabur sekali untuk satu jumlah tertentu pada satu masa sahaja.
- Jika anda mempunyai cukup masa, wujudkan satu portfolio pelaburan peribadi. Ini adalah bertujuan mengurangkan risiko seaidainya sesuatu produk yang anda pilih mengalami kegagalan. Portfolio bermaksud melabur dalam lebih daripada satu produk pelaburan.
- Akhir sekali fokuslah terhadap matlamat pelaburan anda dan elakkan daripada dipengaruhi khabar angin. Elakkan juga diri anda dari tertipu oleh produk pelaburan palsu seperti skim cepat kaya dan sebagainya.
Secara dasarnya, sekiranya kita hendak berbincang mengenai wang, maka perkara ini mungkin tiada penamatnya. Pada pandangan saya, perkara yang paling utama yang harus ditekankan dalam diri setiap individu ialah disiplin. Hakikat tentang kepentingan disiplin dapat dilihat dengan jelas, contohnya melalui penggunaan kad kredit. Statistik menunjukkan betapa ramai rakyat Malaysia malahan penduduk di serata dunia muflis disebabkan kad kredit, walhal majoriti pengguna kad kredit terdiri daripada golongan yang berpelajaran dan berkemampuan. Mustahil golongan ini tidah tahu walau sedikit pun cara menguruskan kewangan mereka, namun perkara yang mereka sendiri tidak ingin seperti muflis berlaku ke atas mereka. Hakikatnya, tahap disiplin yang rendah dan goyah dalam amalan pengurusan kewangan peribadi yang menjadi punca utama kepada fenomena ini. Kesimpulannya, walaupun kita mempunyai berbagai-bagai cadangan, idea atau kaedah mengenai pengurusan kewangan peribadi yang berhemah, tanpa digandingkan dengan sikap dan disiplin yang baik, nescaya ianya tidak akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
(SUMBER: FOMCA dan JAPEM)

Isnin, 19 November 2012
Pelajari Bagaimana Hendak Melatih Diri Anda Menyimpan Wang
Semua orang ada impian memiliki wang simpanan yang banyak di dalam akaun bank mereka. Namun, disebabkan tidak ada bimbingan, kebanyakan orang akan alpa dan belanjakan semua wang tanpa menyimpan. Di dalam artikel ini, anda akan diajar bagaimana melatih diri untuk menyimpan wang.
Langkah Pertama: Setkan Matlamat Anda
Kenapa anda ingin simpan wang? Adakah untuk persediaan hari tua? Adakah untuk dijadikan modal perniagaan? Adakah untuk bayar installment kereta? Adakah untuk beli rumah? Anda perlu ada tujuan yang jelas kenapa anda ingin simpan wang, barulah anda lebih bersemangat. Adanya matlamat membuatkan anda rasa berharga jika anda berjimat dan meyimpan wang. Kalau boleh, tuliskan matlamat anda di kertas dan tampal di dinding bilik anda. Dengan ini, anda akan sentiasa fokus pada matlamat anda.
Langkah Kedua: Tetapkan Tarikh Akhir
Anda perlu ada tarikh akhir. Contohnya, anda ingin simpan RM30,000 dalam masa 3 tahun untuk dijadikan modal perniagaan. Tarikh akhir anda perlulah realistik dan tidak membebankan. Adanya tarikh akhir membuatkan anda lebih fokus untuk menyimpan.
Langkah Ketiga: Tentukan Sumber Wang Yang Anda Akan Gunakan Untuk Menyimpan
Anda sudah ada matlamat. Anda juga ada tarikh akhir. Sekarang, anda perlu ada wang untuk disimpan. Jika anda bekerja, sudah tentu gaji adalah sumber utama. Namun, jika anda dapati sumber dari gaji anda tidak cukup untuk mencapai matlamat anda, anda boleh cari kaedah alternatif seperti kerja atau berniaga secara part time sebagai sumber wang untuk dijadikan simpanan.
Langkah Keempat: Rancang Bajet
Kenal pasti jumlah perbelanjaan seperti minyak kereta, barang dapur, isi rumah, bil utiliti, hiburan dan sebagainya. Peruntukkan wang yang mencukupi untuk kegunaan diri dan keluarga anda berdasarkan bajet yang anda rancang. Lebihan wang selepas di tolak hutang wajib bayar seperti rumah dan kereta, peruntukkan bajet bulanan, anda masukkan ke dalam simpanan tetap anda.
Langkah Kelima: Berjimat
Melalui bajet bulanan yang anda rancang, anda cari cara untuk lebih berjimat supaya lebih banyak wang boleh disimpan ke dalam bank. Otak anda perlu ligat memikirkan cara untuk simpan wang, barulah anda akan nampak jalan hendak berjimat. Sentiasa set di dalam fikiran untuk membeli berdasarkan keperluan bukannya nafsu!
Langkah Keenam: Sentiasa Analisis Perkembangan
Berdasarkan matlamat yang telah anda tetapkan, anda sentiasa siasat perkembangan semasa wang yang anda simpan. Adakah anda akan berjaya capai matlamat sebelum tarikh akhir atau tidak? Jika tidak sempat, cari punca dan baiki ia dengan cepat. Jika sempat, anda cari juga puncanya supaya anda boleh gunakan teknik tersebut di masa hadapan.

Langgan:
Catatan (Atom)