1. Hubungi penjual /ejen dan tanya harga.
Cari rumah yang hendak dibeli. Sebelum tengok rumah, tawar harga semurah mungkin. Periksa juga "market value" rumah tersebut. Lebih elok kalau boleh dapat beli rumah dari tuannya sendiri.
Yang lebih penting periksa status rumah tu, dah tukar hak milik strata atau belum, kalau masih atas nama pemaju dan pemaju sudah mengalami kebankrapan, mungkin kesulitan akan timbul kerana memerlukan masa yang lama untuk "liquidity" rumah tersebut.
2. Pergi tengok rumah.
Tanya banyak soalan. Dan cek semua benda. Yang penting, tengok kalau ada problem besar yang mungkin perlukan major repair macam bumbung bocor, piping problem, tekanan air rendah, wiring dalam dinding dan lain-lain terutama rumah yang dah lebih 10 tahun. Borak dengan jiran dan pekedai kawasan sekeliling, takut-takut ada problem yang kita tak tahu macam selalu banjir, bekalan elektrik tak elok, gangguan orang minyak dan sebagainya.
3. Minta extra diskaun.
Sebutkan semua kekurangan yang ada pada rumah pada penjual/ejen (walaupun remeh macam cat tak kemas, sinki tak lawa). Tujuannya untuk minta diskaun tambahan hehe. Penjual pun pressure nak jual, so jangan segan nak tawar.
4. Bayar deposit 3%.
Sediakan duit 3% dari harga rumah. Hati-hati sebab ada juga ejen/penjual rumah penipu. Kalau dah ada lawyer, lebih baik bayar melalui lawyer. Kalau bayar direct, elakkan bayar cash. Gunakan cek. Kalau takde buku cek, buat bank draf, senang je. Minta resit sebagai bukti bayaran.
5. Cari lawyer.
Cakap untuk tujuan beli rumah. Tanya lawyer tu banyak kes tak dia handle sekarang, takut dia sibuk. Warning dia awal-awal yang urusan ni mesti diselesaikan secepat mungkin. Lawyer akan drafkan perjanjian jual-beli (sale & purchase aggreement).
6. Apply loan.
Apply loan di beberapa bank. Sebabnya, kadar pinjaman ni berubah-ubah setiap bulan. Bulan ni Bank A murah, bulan depan Bank B murah. Kadang-kadang bank sama tapi cawangan lain pun berbeza-beza rate loan. Ni boleh jadi kalau cawangan bank tu tak cukup lagi kuota keluarkan loan bulan tu. Kadang-kadang kita boleh tawar menawar rate pinjaman tu, contohnya kalau kita: dapat better offer dari bank lain, ada rekod CCRIS cantik, beli rumah yang mahal, ada banyak duit dalam fixed deposit dan lain-lain. Kalau tak lepas, cuba apply loan dari MBSB atau Syarikat Insurans.
7. Sign S&P Agreement.
Bila loan approve, penjual akan sign S&P yang lawyer dah sediakan. Lepas tu boleh la keluarkan EPF akaun 2 tu... seadanya termaktub kepada EPF dalam 20% maksimum untuk rumah pertama. Suami isteri boleh keluarkan, jadi boleh la cover balik 10% deposit rumah dengan bayar lawyer tu.
8. Bayar baki 7%.
Bayar baki 7% dari harga rumah, melalui lawyer.
9. Lawyer buat kerja
Ni proses paling lama, mungkin 2 bulan, mungkin setahun. So rajin-rajinlah follow up. Call lah sekali seminggu tanya status terbaru. Lawyer ni selalunya buat kerja ikut siapa yang push dia. Tak push, memang slow. Bayar lawyer lepas kerja dia dah siap sepenuhnya. Jangan bayar lawyer tu awal-awal, nanti dia dah takde inisiatif untuk selesaikan cepat.
10. Dapat rumah!
Bila semua urusan lawyer selesai, bank kita akan release duit pinjaman kepada penjual. Rumah jadi hakmilik kita dan penjual akan bagi kunci rumah. Jangan lupa tukarkan air, letrik TNB dan Indah Water atas nama kita.
Selasa, 27 November 2012
21 Tips Menghalang Kecurian
Jika anda seseorang yang sentiasa meninggalkan rumah anda disebabkan urusan kerja atau sebagainya, anda mungkin berhadapan dengan risiko berlakunya kecurian terhadap harta benda di rumah anda. Di samping bertawakkal dan berserah kepada Allah SWT, kita juga disaran mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Oleh yang demikian, berikut adalah tips-tips berguna yang disaran oleh bijakpandai untuk mengelak dan menghalang kecurian daripada berlaku kepada rumah kesayangan anda. 21 tips ini mungkin dapat menghalang kecurian:
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan.
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur. (Kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar atau terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on dan offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).
7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan no motor/kereta mereka (selalunya naik motor dan mereka ini biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stereng sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (sebab ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/peti surat/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ini...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
21. Jangan berkawan dengan orang Indon atau Bangla. Haha... kalau maid sendiri orang Indon camner?

Amalan Pengurusan Kewangan Peribadi Yang Berhemah
Kita sering kali terdengar tentang kisah wang dan masalah-masalah yang dihadapi disebabkan oleh wang. Namun begitu pernahkah kita terfikir apakah punca kepada semua permasalahan yang timbul itu. Jika kita renungkan kembali, kitalah yang menentukan sama ada wang dapat memberi keselesaan ataupun kesengsaraan kepada diri kita sendiri. Kita perlu tahu cara atau amalan yang betul dalam menguruskan kewangan peribadi supaya masalah ini tidak timbul. Konsep pengurusan kewangan peribadi itu sendiri sebenarnya ringkas; perbelanjaan tidak sepatutnya melebihi pendapatan dan simpanan perlu ditetapkan sebelum membuat perbelanjaan. Namun sejauh mana konsep ringkas ini dapat diikuti, itulah yang menjadi persoalan sehingga kini.
Tidak dinafikan wang merupakan medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Namun kita sebagai manusia sering kali melakukan kesilapan dalam menguruskan wang sehinggakan ia bukan sahaja menghantui golongan berpendapatan rendah, malahan yang berpendapatan agak lumayan juga tidak dapat lari dari masalah pengurusan kewangan.
Berikut merupakan antara beberapa kesilapan yang kerap dilakukan dalam menguruskan wang:
- Sentiasa memberi alasan tidak ada masa sehingga gagal untuk merancang kewangan.
- Kerap berbelanja dengan menggunakan kad kredit tetapi bayaran bulanan pula hanya pada tahap minimum.
- Asyik memikirkan mengenai wang sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.
- Berbelanja mengikut nafsu sehingga melebihi kemampuan.
- Sering kali terlibat dalam pelaburan tetapi terlalu cetek ilmu yang ada mengenai produk yang dipilih.
- Tidak mempunyai simpanan khas untuk digunakan ketika kecemasan.
- Sentiasa menangguhkan untuk membuat simpanan hari tua dan terlalu mengharapkan simpanan KWSP ataupun pencen tanpa merancang dengan teliti keperluan sebenar sewaktu bersara kelak.
Namun adakah kesilapan yang sering dilakukan ini tiada penyelesaiannya? Jawapannya adalah tidak. Dalam perbincangan ini, penekanan dari aspek pengurusan kewangan yang bijak dan juga cara melabur dengan bijak akan ditekankan dan diberi penerangan satu persatu. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dibuat, terdapat beberapa tip atau kaedah yang boleh dijadikan panduan dalam menguruskan kewangan peribadi dan kaedah yang sepatutnya diamalkan dalam menguruskan pelaburan anda.
Tip Menguruskan Kewangan Dengan Bijak
Kita sering kali akur tentang kepentingan menguruskan kewangan dengan bijak kerana setiap dari kita mempunyai sumber kewangan yang terhad. Namun kita haruslah mendisiplinkan diri bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan.
Berikut merupakan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam merancang kewangan.
- Pastikan setiap kali menerima gaji bahagian wang yang hendak dijadikan simpanan disimpan dalam akaun khas.
- Cuba elakkan dari berbelanja menggunakan kad kredit, jika masih tidak dapat mengawal diri, cuba sedaya upaya melangsaikan hutang-hutang dengan cepat dan batalkan kad anda serta merta.
- Rancang kewangan anda dengan teliti. Wujudkan pelan perbelanjaan peribadi khas yang meliputi perbelanjaan harian, mingguan, bulanan sehinggalah perbelanjaan tahunan.
- Elakkan diri dari berhutang kecuali untuk membeli benda seperti kereta dan rumah. Jika tidak mampu, disarankan supaya anda menangguhkan dulu hasrat sehingga anda benar-benar mampu.
- Amalkan sikap menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum melangkah pergi ke pusat membeli belah bagi mengelakkan anda dari membelanjakan wang untuk barangan yang tidak penting.
- Jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan anda. Perkara ini hanya akan membebankan anda di kemudian hari.
- Pastikan anda mempunyai tabungan khas bagi digunakan ketika kecemasan.
- Adalah penting bagi anda memiliki insurans yang bersesuaian dengan anda atau keluarga. Pastikan peruntukan yang cukup disediakan bagi tujuan ini kerana apa yang pasti, malang tidak berbau.
Tip Untuk Membuat Pelaburan Bijak
Jika mengambil kira faktor time value of money dan kadar inflasi, kita akan tertanya-tanya, mengapa wang simpanan kita tidak mencukupi untuk sesuatu tujuan sedangkan perancangan awal telah dibuat. Pada dasarnya wang kita masih sama jumlahnya dan mengikut perancangan cuma nilainya sahaja yang berkurangan.
Simpanan kita di bank tidak dapat mengatasi masalah ini kerana kebiasaannya, kadar faedah tahunan yang ditawarkan oleh bank adalah lebih rendah dari kadar inflasi tahunan. Hanya dengan membuat pelaburan, potensi untuk mengatasi masalah ini dapat dicapai. Namun begitu perlu diingat, risiko pelaburan sangat tinggi, tanpa pengetahuan yang jelas ia akan merugikan anda.
Berikut merupakan beberapa tip yang dapat digunakan sebelum membuat pelaburan.
- Kenali dengan jelas jenis pelaburan yang terdapat di pasaran. Sebagai contoh, pelaburan dalam pasaran modal seperti saham, bon, niaga hadapan, unit amanah ataupun dalam pasaran bukan modal seperti insurans, hartanah dan sebagainya.
- Ketahui matlamat sebenar pelaburan yang bakal anda lakukan. Adakah ia bersifat jangka pendek ataupun sebaliknya.
- Padankan matlamat pelaburan dengan profil pelaburan anda iaitu sasaran keuntungan yang anda inginkan dan juga risiko yang bakal anda hadapi. Pada dasarnya, pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, risikonya juga tinggi, sebagai contoh melabur dalam bursa saham. Begitu juga sebaliknya.
- Setelah mengetahui kehendak diri, pastikan anda memilih produk pelaburan yang bertetapan dengan kehendak dan kemampuan anda. Sebagai contoh saham dan unit amanah adalah bersesuaian dengan pelabur runcit memandangkan modal awal yang diperlukan kecil berbanding niaga hadapan dan bon yang memerlukan modal awal yang besar.
- Pastikan anda telah faham secukupnya tentang pelaburan dan membuat kajian terperinci tentang produk yang bakal anda pilih sebelum melabur. Jangan sesekali melabur berlandaskan naluri tanpa merujuk kepada apa-apa maklumat terlebih dahulu. Sebagai contoh jika anda ingin melabur dalam unit amanah, pastikan anda tahu jenis unit amanah dan syarikat yang menguruskan unit amanah itu. Rujuk propektus pelaburan dan bandingkan antara beberapa syarikat yang menguruskan amanah sebelum memilih yang terbaik untuk melabur.
- Cuba untuk fokus kepada matlamat pelaburan jangka panjang kerana ia lebih berkesan berbanding pelaburan jangka pendek yang lebih terpengaruh dengan apungan pasaran yang tidak menentu. Ini akan menjejaskan potensi pelaburan anda.
- Amalkan konsep melabur secara pemurataan kos ringgit (dollar cost averaging). Konsep pelaburan ini membolehkan anda mendapat manfaat dari ketidaktentuan pasaran memandangkan pelaburan yang dibuat adalah bersifat konsisten, bukannya melabur sekali untuk satu jumlah tertentu pada satu masa sahaja.
- Jika anda mempunyai cukup masa, wujudkan satu portfolio pelaburan peribadi. Ini adalah bertujuan mengurangkan risiko seaidainya sesuatu produk yang anda pilih mengalami kegagalan. Portfolio bermaksud melabur dalam lebih daripada satu produk pelaburan.
- Akhir sekali fokuslah terhadap matlamat pelaburan anda dan elakkan daripada dipengaruhi khabar angin. Elakkan juga diri anda dari tertipu oleh produk pelaburan palsu seperti skim cepat kaya dan sebagainya.
Secara dasarnya, sekiranya kita hendak berbincang mengenai wang, maka perkara ini mungkin tiada penamatnya. Pada pandangan saya, perkara yang paling utama yang harus ditekankan dalam diri setiap individu ialah disiplin. Hakikat tentang kepentingan disiplin dapat dilihat dengan jelas, contohnya melalui penggunaan kad kredit. Statistik menunjukkan betapa ramai rakyat Malaysia malahan penduduk di serata dunia muflis disebabkan kad kredit, walhal majoriti pengguna kad kredit terdiri daripada golongan yang berpelajaran dan berkemampuan. Mustahil golongan ini tidah tahu walau sedikit pun cara menguruskan kewangan mereka, namun perkara yang mereka sendiri tidak ingin seperti muflis berlaku ke atas mereka. Hakikatnya, tahap disiplin yang rendah dan goyah dalam amalan pengurusan kewangan peribadi yang menjadi punca utama kepada fenomena ini. Kesimpulannya, walaupun kita mempunyai berbagai-bagai cadangan, idea atau kaedah mengenai pengurusan kewangan peribadi yang berhemah, tanpa digandingkan dengan sikap dan disiplin yang baik, nescaya ianya tidak akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
(SUMBER: FOMCA dan JAPEM)

Isnin, 19 November 2012
Pelajari Bagaimana Hendak Melatih Diri Anda Menyimpan Wang
Semua orang ada impian memiliki wang simpanan yang banyak di dalam akaun bank mereka. Namun, disebabkan tidak ada bimbingan, kebanyakan orang akan alpa dan belanjakan semua wang tanpa menyimpan. Di dalam artikel ini, anda akan diajar bagaimana melatih diri untuk menyimpan wang.
Langkah Pertama: Setkan Matlamat Anda
Kenapa anda ingin simpan wang? Adakah untuk persediaan hari tua? Adakah untuk dijadikan modal perniagaan? Adakah untuk bayar installment kereta? Adakah untuk beli rumah? Anda perlu ada tujuan yang jelas kenapa anda ingin simpan wang, barulah anda lebih bersemangat. Adanya matlamat membuatkan anda rasa berharga jika anda berjimat dan meyimpan wang. Kalau boleh, tuliskan matlamat anda di kertas dan tampal di dinding bilik anda. Dengan ini, anda akan sentiasa fokus pada matlamat anda.
Langkah Kedua: Tetapkan Tarikh Akhir
Anda perlu ada tarikh akhir. Contohnya, anda ingin simpan RM30,000 dalam masa 3 tahun untuk dijadikan modal perniagaan. Tarikh akhir anda perlulah realistik dan tidak membebankan. Adanya tarikh akhir membuatkan anda lebih fokus untuk menyimpan.
Langkah Ketiga: Tentukan Sumber Wang Yang Anda Akan Gunakan Untuk Menyimpan
Anda sudah ada matlamat. Anda juga ada tarikh akhir. Sekarang, anda perlu ada wang untuk disimpan. Jika anda bekerja, sudah tentu gaji adalah sumber utama. Namun, jika anda dapati sumber dari gaji anda tidak cukup untuk mencapai matlamat anda, anda boleh cari kaedah alternatif seperti kerja atau berniaga secara part time sebagai sumber wang untuk dijadikan simpanan.
Langkah Keempat: Rancang Bajet
Kenal pasti jumlah perbelanjaan seperti minyak kereta, barang dapur, isi rumah, bil utiliti, hiburan dan sebagainya. Peruntukkan wang yang mencukupi untuk kegunaan diri dan keluarga anda berdasarkan bajet yang anda rancang. Lebihan wang selepas di tolak hutang wajib bayar seperti rumah dan kereta, peruntukkan bajet bulanan, anda masukkan ke dalam simpanan tetap anda.
Langkah Kelima: Berjimat
Melalui bajet bulanan yang anda rancang, anda cari cara untuk lebih berjimat supaya lebih banyak wang boleh disimpan ke dalam bank. Otak anda perlu ligat memikirkan cara untuk simpan wang, barulah anda akan nampak jalan hendak berjimat. Sentiasa set di dalam fikiran untuk membeli berdasarkan keperluan bukannya nafsu!
Langkah Keenam: Sentiasa Analisis Perkembangan
Berdasarkan matlamat yang telah anda tetapkan, anda sentiasa siasat perkembangan semasa wang yang anda simpan. Adakah anda akan berjaya capai matlamat sebelum tarikh akhir atau tidak? Jika tidak sempat, cari punca dan baiki ia dengan cepat. Jika sempat, anda cari juga puncanya supaya anda boleh gunakan teknik tersebut di masa hadapan.

Jumaat, 16 November 2012
3 Asas Pengurusan Wang
Tidak dapat dinafikan lagi ilmu pengurusan wang adalah wajib diketahui oleh semua orang. Disebabkan kesibukan melakukan urusan harian, tidak semua orang ada masa untuk belajar pengurusan wang. Jadi, artikel ini akan menjelaskan tiga asas untuk membantu anda menguruskan wang. Pengurusan wang akan lebih mudah jika anda faham tiga asas ini.
Asas Pertama: Belajar Bagaimana Hendak Cari Duit
Untuk hidup dalam keadaan bebas hutang, anda perlu tahu cara untuk cari duit. Walaupun anda bekerja makan gaji dan gaji anda tetap, anda perlu cari cara untuk cari duit lebih banyak. Anda boleh kerja overtime atau cari kerja part time yang tidak membebankan. Otak anda perlu ligat mencari cara untuk mencari wang lebih. Jangan hanya bergantung pada satu sumber sahaja.
Asas Kedua: Simpan Wang
Asas kedua dalam pengurusan wang adalah simpan. Anda perlu belajar bagaimana hendak simpan wang. Setiap bulan tetapkan jumlah tetap untuk anda simpan ke dalam bank. Jika ada wang lebih, simpan lebih. Namun, jangan kurangkan jumlah simpanan kerana secara psikologi akan memberi kesan pada anda.
Asas Ketiga: Tahu Cara Hendak Besarkan Nilai Wang Yang Anda Miliki
Asas ketiga adalah pelaburan. Jika anda simpan semua wang ke dalam bank, anda akan rugi. Belajar cara untuk biakkan duit dengan melabur. Anda boleh melabur di Amanah Saham, Bursa Saham Kuala Lumpur dan perniagaan part time anda. Simpanan wang perlu ada tetapi jangan simpan semua. Gunakan sebahagian untuk melabur. Jika anda untung, pasti anda akan tersenyum lebar. Jika rugi jangan melatah sebaliknya belajar cara untuk dapat untung.

5 Strategi Licik Jimat Wang
Berjimat bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan keberanian untuk melaksanakan semua rancangan penjimatan. Jika tiada keberanian, usaha untuk berjimat pasti tidak akan berjaya. Berjimat akan menyebabkan anda perlu meninggalkan beberapa perkara yang anda suka. Contohnya dahulu anda melanggan astro, disebabkan berjimat anda potong talian astro. Anda perlu ada keberanian untuk meninggalkan nikmat menonton siaran berbayar dan hidup tanpanya.
5 strategi yang bakal saya dedahkan ini juga memerlukan keberanian dari diri anda sendiri untuk menjayakannya. Tanpa keberanian, strategi ini tidak akan berjaya.
Strategi Pertama: Masak Makanan dan Minuman di Rumah
Di Malaysia, kebiasaannya lelaki akan diejek jika membawa bekal dari rumah. Pedulikan ejekan kerana telah terbukti jika anda bawa makanan dan minuman dari rumah, anda akan lebih jimat. Anda pasti akan jimat beberapa ringgit sehari jika amalkan membawa bekal dari rumah.
Strategi Kedua: Jimat Minyak
Jika kereta anda pakai banyak minyak, tukar pada motor yang kurang penggunaan minyaknya. Anda juga boleh berkongsi kereta dengan rakan-rakan. Selain itu, anda boleh naik pengangkutan awam seperti bas atau LRT untuk ke tempat kerja. Jangan membazir wang untuk minyak jika ia tidak perlu. Jika tempat kerja dekat dalam 2 hingga 5 kilometer, anda boleh berjalan kaki atau kayuh basikal untuk jimatkan lagi wang untuk minyak.
Strategi Ketiga: Tabung Harian
Masukkan wang lebihan belanja terutama wang syiling ke dalam tabung. Dari anda membiarkan wang tersebut bersepah-sepah, lebih baik anda kumpulkan ia dalam satu tabung. Jangan pandang rendah nilai wang syiling.
Strategi Keempat: Jimat Air dan Elektrik
Minimumkan penggunaan air dan elektrik. Jika tidak menonton televisyen, matikan suis elektrik. Sebelum keluar rumah, pastikan air di tutup dan semua suis elektrik di tutup. Gosok baju secara berkelompok untuk menjimatkan penggunaan kuasa elektrik. Basuh baju hanya apabila penuh mesin basuh untuk memaksimakan penggunaan air.
Strategi Kelima: Beli Barangan Keperluan Sahaja
Jika anda tidak gunakan barang tersebut seperti barang hiasan, jangan beli. Perbuatan anda ini hanya akan membazir wang anda sahaja.

Khamis, 15 November 2012
7 Tip Hapuskan Hutang
Berikut adalah tujuh tip untuk hapuskan hutang
Tip pertama: Jangan biarkan hutang menjadi bos anda.
Kesilapan utama kebanyakan orang yang hidup dalam hutang adalah mereka terus berhutang. Mereka tahu hutang akan menyusahkan mereka tetapi mereka masih lagi terjerat dan tidak mampu untuk melawan perasaan untuk terus berhutang berkali-kali. Untuk hidup dalam keadaan bebas hutang, anda perlu buang mindset suka berhutang dahulu.
Tip kedua: Sentiasa peka dengan jumlah wang yang anda hutang.
Siasat jumlah wang yang anda berhutang. Dengan ini, anda akan lebih peka dan tahu kedudukan semasa keadaan kewangan anda. Anda pasti tidak akan boros jika anda tahu jumlah wang yang anda hutang. Ia seperti penghalang untuk anda berbelanja lebih dari sepatutnya.
Tip ketiga: Minimakan perbelanjaan.
Minimakan perbelanjaan sebanyak mungkin yang anda boleh. Kurangkan 15 peratus dari perbelanjaan yang anda biasa buat. Apabila kehidupan sudah biasa dengan bajet yang baru, kurangkan lagi 15 peratus. Banyakkan simpan wang dari berbelanja.
Tip keempat: Sentiasa berbelanja mengikut bajet.
Jika anda hendak pergi ke kedai makan sekalipun, anda perlu ada bajet dan anda perlu ikut bajet anda. Jangan berbelanja tanpa bajet kerana anda pasti tidak sedar di mana anda belanjakan wang dan selalunya anda akan berbelanja ke atas barang yang tidak perlu.
Tip kelima: Cari cara untuk tambah pendapatan.
Hutang akan lebih cepat di bayar jika anda cari pendapatan lebih untuk membayarnya.
Tip keenam: Bayar hutang jangan tangguh-tangguh
Bayar sahaja hutang dan jangan cuba hendak memusingkan wang tersebut ke arah lain. Sekali anda tertangguh, anda pasti ada kekuatan untuk menangguh kali kedua. Akhirnya hutang bertambah kerana interest dan anda tidak ada wang untuk membayarnya.
Tip ketujuh: Berhenti menyesal dan terus maju ke hadapan.
Kadangkala, kita rasa menyesal kerana berhutang terlalu banyak sehinggakan hidup dalam kesempitan. Berhenti menyesal. Sebaliknya terus maju ke hadapan dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang anda sendiri memulakannya.

Tips Rancang Bajet
Anda hendak rancang bajet? Tetapi tidak tahu jumlah sebenar wang yang anda gunakan untuk berbelanja? Artikel ini boleh membantu anda.
Salah satu sebab kenapa orang gagal melaksanakan bajet yang mereka rancang adalah disebabkan mereka merancang bajet yang silap. Mereka ingat, mereka hanya berbelanja sekitar RM 700 seminggu. Namun, apabila tiba pada hari perlaksanaan, mereka sentiasa terlebih belanja disebabkan keadaan bajet yang tidak stabil. Ada sahaja perkara yang memerlukan belanja, tetapi mereka terlepas pandang dan terpaksa keluarkan wang yang luar dari rekod bajet.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda akan berbelanja kurang dari pendapatan yang anda peroleh adalah mengetahui jumlah sebenar wang yang terpaksa anda keluarkan setiap bulan berdasarkan perbelanjaan seharian anda. Apabila anda tahu keadaan sebenar cara anda berbelanja atau habit anda berbelanja, anda dapat kurangkan yang mana perlu dan seterusnya berjimat.
Pada bulan pertama, anda simpan semua resit pembelian dan dalam masa yang sama anda catat satu diari yang berkisahkan perbelanjaan anda pada setiap hari. Dalam diari itu, anda catat semua perbelanjaan yang anda keluarkan pada setiap hari. Catatkan perkara yang anda beli dan harganya. Catatkan walaupun harganya 20 sen seperti bayaran tempat letak kereta. Walaupun nilainya kecil, anda perlu catat kerana anda boleh kurangkan pembaziran pada perkara yang tidak perlu.
Kemudian anda kenalpasti pula bayaran bil-bil utiliti seperti elektrik, broadband, astro dan segala keperluan anda yang lain. Tetapkan jumlah wang yang tetap bagi bayaran bil-bil ini. Katakan anda hanya mampu membayar sekitar RM 400 sebulan untuk bayaran bil, anda perlu pandai mengurangkan yang mana perlu dan yang mana tidak perlu.
Contohnya jika bayaran bil bagi elektrik adalah tinggi, anda cuba lakukan penjimatan selama sebulan. Jika anda dapati harga bil tersebut masih tinggi bermakna memang rumah anda menggunakan elektrik pada kadar kuasa yang tinggi, jadi anda jimatkan pula pada bahagian lain seperti kurangkan langgan siaran astro, tukar talian telefon pada prepaid dan rendahkan langganan kapasiti broadband.
Anda juga boleh bahagikan perbelanjaan dalam diari harian anda kepada barang dapur, utiliti, hutang wajib bayar seperti rumah dan kereta, hiburan, pakaian, isi rumah dan sebagainya yang anda rasa perlu. Tulis diari anda secara konsisten selama 2 hingga 3 bulan. Pada bulan pertama anda akan nampak secara kasar habit berbelanja anda dan tahu jumlah sebenar yang anda belanjakan.
Anda rancang bajet untuk bulan kedua dan laksanakan bajet anda. Pada bulan kedua anda perlu catat diari lagi untuk menilai sejauh mana anda laksanakan rancangan bajet anda. Hendak berjimat bukannya mudah kerana anda perlu ubah kebiasaan anda membazir kepada tidak membazir. Ketahui cara anda berbelanja, nescaya anda dapat cari cara hendak berjimat.

5 Prinsip Pinjaman
1. Meminjam untuk sesuatu yang anda perlukan - bukan apa yang anda mahukan
2. Meminjam sejumlah wang di dalam kemampuan anda untuk membayar balik
3. Elakkan daripada meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai
4. Elakkan daripada menjadi penjamin
5. Si peminjam mempunyai komitmen moral dan mutlak untuk membayar balik
Perbezaan di antara "Hutang Baik" dan "Hutang Tidak Baik"?
Adakah terdapat hutang jenis "Baik"? Ya, ada. Hutang ini membolehkan beban kewangan dijelaskan sepenuhnya. Meminjam untuk membeli rumah, pendidikan anak-anak, memajukan kemahiran dalam kerjaya, atau memulakan perniagaan sendiri akan membolehkan anda mendapat faedah kewangan jangka panjang.
"Hutang Tidak Baik" adalah apabila anda meminjam untuk sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kewangan atau barangan tersebut mempunyai jangka hayat yang lebih singkat daripada jangka masa pinjaman barang itu sendiri. Ini termasuklah pinjaman untuk bercuti, membeli pakaian, perabot, barangan rumah ataupun makan luar.
Di dalam proses mengasingkan perkara-perkara negatif berkaitan hutang, anda sering kali beranggapan bahawa berhutang adalah suatu perkara yang tidak berfaedah dan tidak produktif. Semestinya ia tidak benar kerana hutang boleh digunakan secara produktif oleh individu, peniaga mahupun badan-badan kebajikan.
Pinjaman boleh menjadi produktif, sebagai aktiviti yang menjana kekayaan, atau ia akan menjadi pengalaman sebagai "hamba kepada peminjam". Bijak pandai menggunakan hutang sebagai alat untuk menjana kekayaan, mendapatkan pengecualian cukai atau membesarkan pengurusan harta benda. Bagi mereka yang kurang arif, kebiasaannya mereka merasakan yang hutang adalah alat untuk mendapatkan sesuatu yang mereka tidak berupaya mendapatkan melalui tabungan atau kesabaran. Tidak semua hutang berbentuk tidak produktif.
Keupayaan menguruskan kewangan secara berhemat membolehkan anda menjelaskan kadar bunga dan juga membayar pokoknya sekali.
Apabila anda menggunakan kaedah yang sama dalam perniagaan, hasilnya juga adalah sama. Aliran tunai yang dijana daripada hasil pinjaman mestilah mampu mengembangkan aliran pendapatan bagi membolehkan pembayaran balik tuntutan kredit dan pinjaman asal.
Hutang Jenis Ketiga
Di sebalik usaha-usaha terbaik yang dilaksanakan, anda masih lagi terjerumus dengan masalah hutang yang serius. Ini bukanlah jenis hutang yang anda ingin dapatkan tetapi keadaan tidak dapat dikawal. Tanda-tanda anda terjebak adalah seperti berikut:
- meminjam lagi untuk membayar pinjaman terdahulu.
- pemiutang sering mengganggu anda untuk mendapatkan bayaran
- membuat bayaran minimum untuk kad kredit
- memaksimumkan penggunaan kad kredit
- meminjam untuk membayar bil-bil biasa
- sukar mendapatkan pinjaman
- kawan-kawan dan saudara mara mula menjauhkan diri
- simbahan cat merah di dinding rumah anda!
Bagaimanapun, anda belum terlambat dan tidak keseorangan. Bantuan anda berhampiran anda! Nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) boleh membantu anda menyediakan pelan penyelesaian di antara anda dan pemiutang anda bagi mengurangkan beban hutang anda. Apa yang perlu adalah kesungguhan dan disiplin diri untuk berubah bagi membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih berhemah.
Pedang Dua Mata
Hutang sememangnya seperti pedang dua mata. Sekiranya menggunakan secara bijak, maka anda dapat meningkatkan kekayaan dan memberikan faedah kewangan jangka panjang. Jika salah penggunaan, anda bukan saja terluka bahkan luka yang membawa maut! Oleh itu, sebelum anda mula "menghayunkan pedang" anda, pastikan anda tahu pergerakan yang sesuai serta mampu memikul tanggungjawab daripada penggunaannya.
Artikel ini adalah sumbangan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Hubungi AKPK melalui 1-8000-88-2575 atau layari laman web www.akpk.org.my

Khamis, 1 November 2012
5 tip jimat duit dengan kadar segera
Ramai yang ingin belajar berjimat atau berjimat. Namun, keinginan mereka itu seperti di sekat kerana tidak mampu menahan nafsu membeli atau tidak tahu bagaimana hendak bermula. Jika setiap hari anda membazir, ia pasti susah untuk mengubah tabiat tersebut dengan segera. Oleh itu, artikel ini akan memberi anda lima tip untuk belajar jimat duit dengan kadar segera.
Tip pertama : Jangan belanja lebih dari pendapatan bulanan anda
Prinsip yang perlu ada dalam diri untuk berjimat adalah jangan sesekali berbelanja melebihi gaji atau pendapatan bulanan anda. Latih diri anda untuk hanya belanja separuh atau kurang dari pendapatan bulanan pada setiap bulan.
Tip kedua : Cari duit lebih atau guna kurang
Jika anda ingin guna wang lebih dari pendapatan anda, anda perlu cari cara untuk cari duit lebih. Samada kerja part time atau buat pelaburan melalui duit simpanan anda. Jika anda malas, anda cuma ada satu pilihan iaitu guna kurang dari pendapatan anda. Peraturannya senang sahaja, jika mahu belanja lebih, anda perlu cari wang lebih pada setiap bulan.
Tip ketiga : Tetapkan kadar simpanan tetap pada setiap bulan
Tetapkan jumlah wang untuk disimpan pada setiap bulan. Tindakan ini akan menyelamatkan anda dari membazir semua wang yang anda peroleh. Lagipun, menyimpan wang adalah langkah pertama untuk belajar berjimat.
Tip keempat : Elakkan hutang dan jangan pinjam wang
Elakkan dari berhutang kerana anda akan hilang kawalan terhadap penggunaan wang. Berhutang bermakna memperoleh wang tanpa usaha. Jadi, anda akan rasa tidak bersalah untuk menggunakannya secara membabi buta. Akibatnya, anda akan rasa liat untuk membayar hutang. Akhirnya, anda akan berada dalam tekanan. Elakkan juga meminjam wang kecuali kedaaan benar-benar memaksa. Jika mahu wang, anda perlu belajar berusaha mendapatkannya. Jangan belanja wang yang bukan milik anda.
Tip kelima : Tulis diari kewangan
Setiap hari anda tulis aktiviti perbelanjaan anda dalam satu diari. Rekodkan apa yang anda belanja dan rekodkan juga jika ada kemasukan wang. Melalui diari yang anda tulis, anda dapat mengesan habit perbelanjaan anda. Dengan ini, anda dapat kenal pasti ke arah mana wang anda mengalir. Gunakan maklumat ini untuk menjadikan perbelanjaan anda lebih berbaloi. Belanja pada perkara yang perlu sahaja.

Langgan:
Catatan (Atom)